Selasa, 1 Mei 2012

Elm pemain terbaru Liverpool

Liverpool bersetuju dengan perjanjian perpindahan £8 juta untukk midfielder Sweden,  Rasmus Elm.


Pengurus, Kenny Dalglish berkunjung ke Belanda kelmarin untuk memantau buat kali terakhir bintang AZ Alkmaar tersebut, yang mempunyai 22 cap untuk negaranya.

Namun pemain itu diketepikan dari senarai pasukan di minit-minit akhir sebelum bertemu Feyenoord kerana isterinya dimasukkan ke wad bersalin.

Dalglish nyata kecewa kerana hajatnya itu tidak kesampaian namun ia tidak menghalang rombongan dari  Anfield itu untuk memuktamadkan perjanjian perpindahan pemain berusia 24 tahun itu ke Anfield dengan kontrak selama lima tahun bersama gaji mingguan £40,000 pada musim panas ini.

Namun difahamkan Elm dan ejennya, Patrick Mork telah pun bersetuju dengan terma peribadi sebelum kunjungan Dalglish.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...