Jumaat, 25 Mei 2012

Craig berada dalam sebahagian besar perancangan saya

Bos Wales, Chris Coleman masih berharap dia mendapatkan perkhidmatan Craig Bellamy untuk kempen kelayakan Piala Dunia 2014 .

Pemain No.39 Liverpool itu bersama skuad Wales di Amerika Syarikat denga perlawanan persahabatan Ahad ini dengan Mexico, dan Coleman menegaskan Bellamy boleh memainkan peranan yang besar dalam membantu negaranya untuk cuba dan sampai ke pertandingan bola sepak paling berprestij di Brazil nanti.

"Saya sentiasa fikir yang Craig akan bermain dalam kempen kelayakan Piala Dunia kerana saya telah banyak kali berbual dengan beliau dan ianya sentiasa menjadi sesuatu yang positif," kata Coleman.

"Craig tahu dia adalah sebahagian besar dari rancangan kami. Dan jika kita cuba berbuat apa-apa dalam kempen kelayakan ini, maka kita mempunyai peluang yang lebih baik dengan Craig menjadi sebahagian daripada kami.

"Orang ramai cenderung untuk lupa bahawa Craig kini berumur 32 tahun dan telah mempunyai 70 cap antarabangsa. Anda tidak akan dapat perkara seperti itu jika anda tidak bersama skuad, jadi saya berharap beliau sentiasa di sini bersama kami."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...