Khamis, 10 Mei 2012

TalkSport: Liverpool berbaris untuk bintang Juve


Liverpool merupakan salah satu kelab yang berminat untuk mendapatkan tandatangan pemain buangan Juventusm Milos Krasic musim panas ini.


Pemain sayap Serbia itu telah membuat hanya tujuh penampilan dengan kelab Serie A itu musim ini selepas tidak menjadi pemain kegemaran pengurus, Antonio Conte.

Krasic dijangka untuk meninggalkan Turin pada Januari tetapi Pengurus Tottenham, Harry Redknapp membuat tawaran pinjaman yang telah ditolak oleh pemain tersebut.

Dia akhirnya terus bermain di Juventus selepas perpindahan itu ditutup - dan tidak membuat penampilan sejak itu.

Kini tiba musim panas yang tidak dapat lagi menahan beliau dari berhijrah dan ada banyak kelab yang sedang memburu pemain berusia 27 tahun ituyang menyertai Juventus sekitar £ 13 juta pada tahun 2010.

Dilaporkan bahawa Fenerbahce telah membida £ 10m untuk Krasic, tetapi pemain sayap itu tidak berminat untuk berpindah ke Turki.

Source: TalkSport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...