Ahad, 14 Julai 2013

4 pemain baru hebat Liverpool

Sehingga kini, Liverpool di bawah pengurusan BR telah berjaya mendapatkan 4 pemain yang hebat dan telah menunjukkan prestasi memberansangkan setakat ini

Semasa perlawanan persahabatan menentang Preston North End tempoh hari, Simon Mignolet(GK) dan Kolo Toure telah di perkenalkan pada separuh masa pertama. Kedua dua pemain ini bergandingan menjaga bahagian peetahanan dan benteng terakhir pasukan di lihat serasi dan mantap, walaupun Toure di lihat agak perlahan, tetapi masih fokus dan tenang menjaga posisi penting pasukan daripada di bolosi.

Simon Mignolet pula, yang merupakan antara pemain utama pasukan Sunderland musim lepas, amat sukar dibolosi dengan kerap kali mematahkan cubaan pasukan lawan. Mignolet memang di ketahui ramai telah menunjukkan prestasi yang amat baik semasa beraksi bersama pasukan lamanya musim lepas

2 lagi pemain baru liverpool, Iago Aspas yang juga penyerang kelahiran Sepanyol dan juga Luis Alberto, pemain yang di beli dari Sevilla bermain pada separuh masa kedua perlawanan persahabatan tempoh hari.
Aspas berjaya menjaringkan gol pada debutnya bersama Liverpool manakala Luis Alberto telah berjaya membuat assist dalam perlawanan yang sama

Aspas, yang di pinjamkan ke Barcelona B musim lepas menjadi taruhan BR untuk musim ini, dengan pilihan penyerang daniel sturridge dan juga luis suarez. Luis alberto pula dilihat lebih berperanan sebagai pemain tengah menyerang dan sekaligus memberikan pilihan yang lebih banyak kepada BR untuk pemilihan pemain

BR masih mencari dan cuba mendapatkan pemain pemain baru, setelah beberapa pemain lama Liverpool telah berpidah, seperti jonjo shelvey yang telah berpindah ke sunderlan, suso yang di pinjamkan ke almeria dan andy carroll yang telah membuat perpindahan tetap ke west ham. Beberapa pemain lain yang di sebut dalam radar perpindahan seperti LS7 dan stewart downing memaksa BR untuk terus berusaha melengkapkan senarai pemain lengkap selewat lewatnya sebelum perlawanan minggu pertama EPL bagi memastikan pasukan dapat fokus dan bersedia lebih awal.

Di harap pasukan Liverpool akan terus mantap dan dapat menunjukkan konsistensi untuk musim ini dalam usaha mengejar cita cita mendapatkan 4 tempat teratas musim ini

YNWA!!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...