Khamis, 28 Februari 2013

Luiz Suarez-Pemain terbaik tahunan

Luis Suarez seharusnya menjadi pemain terbaik tahunan untuk musim ini, kenyataan tersebut di keluarkan oleh rakan kelabnya di Anfield, Lucas Leiva

Suarez kini bersaing dengan prestasi di tahap tertinggi dengan Van Persie dan Gareth Bale untuk mendapatkan trofi idaman pemain di England

Luis hanya perlu kekalkan prestasi semasanya, dan beliau akan menjulang trofi tersebut May ini.

Dengan 25 gol dalam kesemua 37 perlawanan, beliau telah menjadi penjaring terbanyak Liverpool dan kedua terbanyak Liga setakat ini, di belakang Van Persie

Kini, dengan kecederaan di alamni RVP, beliau seharusnya mengambil peluang tersebut bagi menjarakkan jumlah gol bagi mengatasi jumlah jaringan RVP setakat ini.

Dengan kualiti semulajadi yang ada dalam dirinya, ianya tidak mustahil untuk beliau mendapatkan gelaran tersebut, kecuali terdapat beberapa perkara yang menghalang hasrat beliau seperti kecederaan dan lain lain.

Kini, seluruh pasukan harus sentiasa menyokong beliau untuk mencipta sejarah tersendiri dalam hidupnya



YNWA!!!! Luis Suarez...

Selasa, 26 Februari 2013

Happy 21st!!! Jonjo

Jonjo Shelvey, kapten kebangsaan England bawah 21 menyambut ulangtahun ke 21 hari ini.

Tahniah di ucapkan kepada pemain muda berbakat besar ini yang dapat meloloskan diri ke pasukan utama Liverpool di usia muda lagi

Masih panjang perjanan beliau dan banyak lagi yang boleh di asah dalam diri pemain ini untuk menjadikannya setanding pemain pemain hebat lain di Liverpool

Walaupun baru mencecah usia 21 tahun, Jonjo telah kerap kali di turunkan sebagai kesebelasan utama, terutama semasa era King Kenny memegang tampuk pengurusan Liverpool

Beliau merupakan seorang pemain yang sangat komited kepada pasukan, dan mempunyai kelebihan dalam memberi hantaran jauh kepada rakan sepasukan.

Semoga beliau terus berjaya bersama Reds, dan memberikan sumbangan yang amat berharga kepada pasukan ini,,



Happy Birthday Jonjo, YNWA!!!

Perkembangan baik kepada pasukan

Alhamdulillah, akhirnya pasukan Liverpool dapat mengembalikan rentak kemenangan dan keyakinan tinggi dalam pasukan. Walaupun tidak berjaya menembusi pusingan seterusnya dalam piala europa menentang zenit tempoh hari, semangat juang yang di tunjukkan pasukan sangat meyakinkan

Semua peminat Liverpool amat berharap rentak kemenangan ini dapat di teruskan hingga ke akhir musim, seterusnya menunju puncak liga, dengan sasaran top 4 hampir menjadi kenyataan jika memenangi kesemua perlawanan selepas ini

Kemasukan 2 pemain baru, daniel sturridge dan coutinho ke pasukan Liverpool membawa sesuatu yang amat positif di kem Liverpool. Kedua dua pemain tersebut boleh di katakan pembelian tepat dan baik untuk memajukan Liverpool untuk masa hadapan.

Tidak dapat di nafikan langsung, sejak kemasukan sturridge, dia menjadi pemain penting untuk menterjemahkan serangan kepada jaringan gol. Beliau mempunyai sentuhan penyudah yang amat baik dan sentiasa bermain dalam pasukan bagi memberi impak yang sangat besar dalam permainan.

Sturridge, yang pada mulanya di ragui dapat bermain dengan baik dan secara berpasukan dalam kem Liverpool, menyangkal sangkaan tersebut sejak melakukan debut pertamanya bersama Liverpool, dengan gol semasa menentang Oldham dan Man u.

Coutinho pula menunjukkan permainan yang meyakinkan ketika menentang Swansea tempoh hari, dengan gol kedua yang menjadi inspirasi untuk Liverpool membenam cabaran Swansea.

Walaupun kedua dua pemain tidak dapat bermain di peringkat eropah, momentum kemenangan terus dibawa semasa Liverpool bermain di pusingan kedua semasa menentang Zenit.

Gol hasil 2 sepakan percuma Luis Suarez memberi suntikan semangat untuk Liverpool terus melakar kejayaan dalam saingan liga seterusnya

Kini, Liverpool hanya tinggal saingan EPL setelah tersingkir dalam semua pertandingan piala yang di sertai, dan semua pemain dan pengurusan harus terus fokus untuk memberi saingan sebaik mungkin merebut tepat ke 4 dalam Liga.

Kelebihan berada di tangan Reds dengan kurangnya perlawanan dalam semua pertandingan berbanding pasukan yang berada di atas carta Liga



Semoga kita terus melakar kejayaan dan memenangi kesemua baki perlawanan,,, YNWA!!!

Sabtu, 9 Februari 2013

Gerrard: Saya mahu setahun lagi




Steven Gerrard telah mengeluarkan kenyataan, akan terus bermain bersama The Reds buat semusim lagi. Pengakuan ini di buat setelah rakan karibnya di Liverpool, Jamie Carragher mengumumkan untuk menggantung but hujung musim ini.

Kapten fantastik Liverpool ini sengaja mengeluarkan kenyataan seperti ini untuk mempengaruhi mengubah keputusan Carra, yang mana khidmatnya bagi pasukan Liverpool masih di perlukan.

Ramai yang mahu Carra terus bermain untuk skuad Liverpool. Masih banyak yang boleh di beri oleh pemain veteran itu kepada pasukan. Prestasinya masih di tahap tertinggi dan boleh membantu Liverpool dan pemain muda di kelab ini untuk terus maju.

Steven Gerrard cuba mempengaruhi keputusan yang di ambil Carra, dan beliau mencuba untuk mengubah keputusan itu, lebih daripada orang lain di kelab.

Walaubagaimanapun, semua orang harus menghormati keputusan yang di ambil oleh pemain ini. Beliau telah lama berbakti untuk kelab, termasuk 723 penampilan untuk pasukan, di mana Carra telah membuat debutnya setahun lebih awal dari pada Stevie G, pada tahun 1997.

Kini sudah tiba beliau di penghujung karier, dan semua orang harus menghormati apa yang beliau mahukan dan berharap Carra dapat terus memberikan khidmat kepada Kopites dari segi kejurulatihan pula selepas ini.

Carra, YNWA!!!!

Jumaat, 8 Februari 2013

Kelly: Saya gembira di sini

Martin Kelly, pemain muda berbakat besar, yang bermain di posisi pertahanan kanan Liverpool, baru sahaja menandatangani kontrak baru bersama Liverpool dan berjanji memberi komitmen terbaik bersama kelab kesayangannya ini.

Martin Kelly telah berada di Liverpool sejak berusia 7 tahun, dan dia gembira bersama keluarga di bandar ini. Kelly, yang baru berusia 22 tahun, masih mempunyai tempoh panjang untuk  berjaya dalam kariernya bersama Liverpool.

Buat masa ini, tempatnya agak terbatas dengan pemain berpengalaman England, Glen Johnson menjadi pilihan utama BR, tetapi Kelly seringkali di beri peluang untuk bermain di posisi tersebut dan Johnson seringkali memberi ruang kepada pemain muda ini untuk bermain di posisi kegemaran beliau, apabila dengan mudah bergerak ke posisi bek kiri bagi memberi ruang kepada Kelly.

Kelly kerap turun ketika di bawah bimbingan Kenny Dalglish, jika terdapat kecederaan mana mana pemain pertahanan Liverpool.

Tetapi di bawah kendalian BR, Andre Wisdom kerap kali di turunkan, selain masalah kecederaan yang di alami Kelly, Wisdom merupakan pilihan jika terdapat sebarang kecederaan.

Tetapi pemain muda ini masih yakin dan berharap dapat mengisi kesebelasan utama the kops suatu hari nanti, dan kini yakin dengan perkembangan kelab yang positif, dan telah menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama Liverpool.



Tahniah Kelly!!!! YNWA

Rabu, 6 Februari 2013

reds: terkini

Selepas kekalahan memalukan Liverpool kepada kelab divisyen 2, Oldham tempoh hari, Liverpool bangkit bagi meneruskan perjuangan dalam saingan liga perdana inggeris. 2 perlawanan besar yang berjaya di tempuhi dengan jayanya, membawa pulang 2 mata berharga dari tempat lawan merupakan satu kebangkitan sempurna setelah kekalahan yang amat memeritkan untuk di telan semua peminat Liverpool

Walaupun berjaya mendahului dalam kedua dua perlawanan besar tersebut, hakikatnya Liverpool terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri semasa menentang Arsenal di stadium emirates dan juga City di etihad stadium


Ketika perlawanan menentang Arsenal, 2 gol mendahului pasukan tuan rumah menjadi sesuatu yang sangat di banggakan. Walaubagaimanapun, jaringan tersebut dengan pantas di padamkan dengan kelekaan benteng pertahanan Liverpool sendiri. Hasrat untuk membawa pulang 3 mata dari pihak lawan ternyata sukar dengan semangat kental pemain pemain Arsenal yang tidak mudah menyerah, satu sikap yang harus di contohi pemain Liverpool jika ingin terus memanjat carta liga.




Perlawanan menentang Manchester City pula menunjukkan penguasaan dan keserasian bahagian tengah dan hadapan pasukan Reds. Walaupun ketinggalan dengan 1 gol, hasil jaringan edin dzeko, hero baru the kops, daniel sturridge dapat menyamakan kedudukan dan kapten fantastik Liverpool menjaringkan gol cantik,dari luar kotak penalti bagi mendahului tuan rumah. Kesilapan penjaga gol, Pepe Reina yang keluar untuk menyelamatkan gawang, tertipu dengan helan aguero, dan pemain tersebut berjaya menjaringkan gol dari sudut sukar.

2 perlawanan yang berakhir seri, tetap memuaskan hati peminat Liverpool seluruh dunia dengan prestasi dan penguasaan bola yang dilihat mantap, memberi keyakinan untuk terus mendapatkan mata penuh selepas ini, apabila dilihat akan berhadapan dengan kelab kelab pertengahan liga. Momentum yang di tunjukkan pasukan ini harus di teruskan, dan memungut lebih banyak mata bagi terus memanjat carta liga, bagi merealisasikan impian bermain di liga juara juara musim hadapan


YNWA!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...