Rabu, 20 Mac 2013

liver oh liver...

Liverpool mengalami kekalahan yang tidak di jangka minggu lalu, setelah menempuhi 1 tempoh fasa menakjubkan buat seketika. Pasukan kerdil yang mempunyai semangat sepasukan yang kuat, Southampton berjaya menghentikan ego Liverpool buat seketika
Total control daripada pasukan lawan tempoh hari menunjukkan Liverpool masih belum cukup mantap untuk menyaingi takhta liga musim hadapan, jika terus bermain dengan tahap seperti sekarang

Walaupun berjaya menempuhi fasa tanpa kalah sebanyak 7 kali, kali terakhir tumpas di tangan musuh tradisi, MU dan selepas itu terus menguasai banyak perlawanan termasuk ketika seri dengan Arsenal dan Man City, dan menang 5 perlawanan berturut turut bermula dengan Norwich(5-0), west brom(0-2), Swansea(5-0), Wigan(4-0) dan terakhir kemenangan dramatik 3-2 keatas Spurs. 

Dengan jaringan 19 gol dan bolos hanya 2, Liverpool sememangnya berada di 1 tahap terbaik buat masa ini. Tetapi kekalahan ke atas pasukan kerdil amat mengecewakan. Dengan target untuk berada di kedudukan 4 teratas musim ini perlu memenangi kesemua baki perlawanan, perlawanan tersebut sedikit merencatkan semangat juang pasukan

Walaubagaimana pun, baki perlawanan musim ini perlu di tempuhi dengan penuh bersemangat bersama seluruh pasukan serta peminat di seluruh dunia

Luis Suarez masih terus berada di tangga teratas senarai penjaring EPL buat masa ini, dan di harapkan dapat meneruskan rentak jaringannya sehingga ke akhir musim

YNWA!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...