Selasa, 5 Mac 2013

Man Utd vs Real Madrid

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada para pembaca, baru sebentar tadi perlawanan menarik melibatkan 2 pasukan gergasi eropah, MU menentang Real Madrid.

Perlawanan di lihat sengit pada awalnya, tetapi berakhir dengan kemenangan berpihak kepada pasukan gergasi sepanyol. Kekalahan memeritkan Man Utd di tempat sendiri, sekaligus menafikan peluang untuk pasukan kendalian Alex Ferguson itu mara ke pusingan suku akhir liga juara juara edisi ini.

Walaupun Man Utd berjaya mengawal permainan semasa di tengah perlawanan, dan telah mendahului 1 gol hasil jaringan sendiri Sergio Ramos, tetapi kad merah yang di terima pemain Utd, Nani serta kemasukan Luca Modric sebagai pemain gantian nyata memberi impak kepada permainan.

Setelah kehilangan tonggak sayap, Utd kelihatan tempang dengan bermain 10 orang tetapi masih mampu menahan asakan lawan. Tetapi dengan kemasukan bekas pemain perancang Spurs, nyata ianya memberi impak positif kepada pasukan.

Gol yang di hasilkan Modric menjadi inspirasi kepada pasukan untuk terus mengasak kubu lawan, dan hasilnya pasukan kendalian Jose Mourinho itu berjaya menambah gol dan sekaligus memastikan mereka layak ke pusingan seterusnya

Gol menakjubkan hasil jaringan Modric, dengan bola lencong melalui tepi kepala Evra dan menewaskan De Gea tepat ke arah tiang gol, dan terus menerjah jaring. Gol pintar tersebut amat amat bermakna kepada pasukan

Gol kedua Real pula hasil jaringan CR7, setelah mendapat bola hasil lorongan cantik daripada Gonzalo Higuain.

Dengan kemenangan tersebut, Real telah melangkapkan jadual getir mereka dengan jayanya, 5 perlawanan terus menentang 2 kelab gergasi tanpa sebarang kekalahan.

Bermula dengan perlawanan menentang Barcelona dalam separuh akhir Copa Del Ray, perlawanan timbal balik, Liga juara juara menentang Man Utd, Menentang barcelona semula untuk perlawanan liga dan tiga hari kemudian, perlawanan timbal balik Menentang Man Utd.

Tahniah kepada pasukan, dan di harap momentum ini di teruskan,


Hala Madrid!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...