Isnin, 14 Januari 2013

Pembelian penyerang baru: Sturridge

Liverpool telam menyelesaikan pembelian pertama sebaik pintu perpindahan pemain dibuka. Penyerang Chelsea, Daniel Sturridge telah hadir memberi nafas baru kepada jentera serangan Liverpool.

Walaupun terdapat beberapa pendapat tidak bersetuju untuk membawa masuk pemain ini, tetapi BR tetap dengan keputusan beliau dan yakin pemain DS15 ini dapat membantu rakan sepasukan, terutama Luis Suarez bagi bebanan mencari gol bagi pasukan Anfield.

Dengan harga mencecah 12 juta pound, satu nilai yang agak tinggi bagi pemain muda dan masih belum betul betul menunjukkan taring di hadapan pintu gol, tetapi Liverpool membuat pertaruhan bagi pemain in menyinar di bawah bimbingan Rodgers

Fabio Borini, yang baru pulih dari kecedaraan jangka panjang, di lihat tidak dapat membantu begitu banyak bagi mengurangkan bebanan mencari gol. Beliau di lihat kurang tajam di hadapan gol, jauh berbanding Suarez dan Sturridge.


Kini, Sturridge telah menjaringkan 2 gol dalam 2 perlawanan pertama bagi The Reds, 1 pencapaian yang boleh di banggakan. Gol pertama hadir ketika perlawanan menentang Mansfield Town pada minit ke 7, antara pemain yang paling awal menjaringkan gol dalam debut bersama Liverpool.

Dan gol kedua ketika menentang pasukan syaitan merah, di Old Trashford Ahad lalu. Gol yang memberi makna yang besar bagi dirinya dan juga seluruh pasukan Liverpool.

Bagi semua penyokong Liverpool, bersama kita nantikan gandingan berbisa LS7 dan DS15 ini bagi memecahkan kubu setiap lawan pasukan kesayangan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...