Sabtu, 1 Disember 2012

Liverpool vs Southampton: 1-0

Liverpool berada di landasan yang betul bagi dalam usaha mendaki carta liga setelah memperoleh kemenangan tipis di laman sendiri sebentar tadi.

Kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Daniel Agger, dengan hantaran cantik daripada Glen Johnson sudah cukup memadai untuk memastikan Liverpool pulang dengan mata penuh pada malam ini.

Seperti biasa, drama Liverpool di setiap permainan, pasti mensia siakan banyak peluang terhidang. Sepakan Jonjo Shelvey di awal permainan terkena palang. Rembatan deras Luis Suarez terkena palang dan banyak lagi peluang yang boleh di terjemahkan kepada gol di persiakan begitu sahaja.

Di separuh masa kedua, tidak banyak gerakan menarik yang di persembahkan, cukup untuk Liverpool terus bertahan dengan kelebihan 1 jaringan yang di perolehi

Dengan kepulangan Lucas untuk memberi khidmat kepada Liverpool, permainannya malam ini tidak begitu menyerlah. Walaubagaimanapun, ianya tetap tidak menghampakan peminat peminat semua dan semua masih berharap Lucas akan sampai ke prestasi tertingginya kembali secepat mungkin.

Untuk game yang seterusnya, Liverpool bakal kehilangan khidmat satu satunya penyerang senior yang ada, Luis Suarez setelah menerima 5 kad kuning terkumpul sepanjang musim.

Dengan pertemuan seterusnya bakal menentang kelab yang meminjam Andy Carrol, West Ham United, tugas penyerang mungkin akan di berikan kepada pemain-pemain muda sepeti Suso dan Adam Morgan. Tetapi kita tunggu dan lihat sahaja strategi BR untuk game seterusnya, ada kemungkinan Liverpool bermain tanpa penyerang.


Rabu, 28 November 2012

Tewas, dengan penuh bermaruah

Liverpool terkandas di White Hart Lane, tetapi selepas berjuang berhabis habisan dengan corak permainan yang amat menarik. Jika tidak dengan 2 gol awal Spurs, sudah pasti Liverpool menang dengan bergaya.

Terlalu banyak peluang yang terhidang di depan gol di persiakan barisan serangan Liverpool. Yang pasti, tuah masih belum bersama kita. Banyak peluang di depan gol yang memerlukan tuah untuk di terjemahkan kepada gol. Tetapi semuanya tidak berhasil.

Enrique dan suarez memainkan peranan penting malam ini. Banyak membawa bola ke kawasan penalti lawan dan membuat cubaan bahaya di kawasan lawan.

Henderson di lihat tidak berupaya menandingi kelajuan pemain pemain Spurs, dan dengan kemasukan Jonjo Shelvey, banyak perkara positif yang dapat dilihat dalam permainan Liverpool.

Raheem Sterling, pemain muda berbakat Liverpool tidak dapat banyak bergerak kerana bertanding dengan pemain yang memiliki susuk tubuh jauh lebih besar darinya. Bale dan Vertonghen banyak menggunakan susuk tubuh mereka untuk memenangi bola.

Apa pun, saya amat berpuas hati dengan corak permainan yang di tunjukkan pemain pemain Liverpool menentang Spurs pada malam ini. Pertahanan Liverpool perlu banyak yang di perbaiki, terutama dari segi kelajuan pemain.


Statistik juga menunjukkan Liverpool bermain lebih baik berbanding Spurs, tetapi kelemahan juga lebih banyak berbanding Spurs. Tuah buat pemain Liverpool sangat sedikit pada malam ini, dan ini merupakan faktor yang telah menyebabkan kekalahan Liverpool.

Kita akan berjuang hingga ke garisan penamat!!!!! YNWA











Isnin, 19 November 2012

Strategi BR menjelang perpindahan Januari

Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers mensasarkan tidak banyak perubahan menjelang pasaran pemindahan pemain Januari ini. Walaubagaimanapun, beliau akan berharap dapat memperkukuhkan barisan hadapan pasukan pasukan menjelang pasaran pemain nanti.

Beliau berharap semua penyokong dapat bersabar, bagi membawa Liverpool ke satu tahap yang lebih tinggi. Perubahan ini tidak boleh di lakukan secara drastik dan harus memakan sedikit masa.

"Kami melihat untuk masuk ke pasaran pemain penyerang menjelang Januari ini"-Brendan Rodgers

"Realitinya, musim ini akan sentiasa menjadi sukar, dengan kelab hanya bergerak sedikit ke hadapan dan bagi memastikan kewangan kelab berada dalam keadaan stabil".

Liverpool seharusnya mencari seorang lagi penyerang yang setanding Luis Suarez. Ini kerana jika Suarez mengalami kecederaan, Liverpool akan berada dalam keadaan yang sengsara tanpa seorang pun penyerang berpengalaman.

BR seharusnya mencari solusi secepat mungkin, sebelum sebarang perkara yang tidak di ingini berlaku.

Khamis, 15 November 2012

Rodgers:Suarez akan kekal

Rodgers memberi khabaran baik buat Reds apabila menegaskan bahawa penyerang sensasi Liverpool, Luis Suarez akan terus kekal di Anfield, dan tidak lansung berniat untuk menjual pemain tersebut.


Tidak kira berapa jumlah yang datang sekalipun, Brendan Rodgers tegas menyatakan pendirian untuk mengekalkan pemain antarabangsa Uruguay tersebut.

Rodgers menyatakan pendiriannya itu selepas terdapat khabar bahawa kelab kaya, Manchester City berminat untuk mendapatkan penyerang tersebut bagi menggantikan penyerang bermasalah mereka, Mario Balotelli pada jendela perpindahan Januari nanti.

'Yang pasti, beliau bukan untuk di jual mahupun berpindah. Beliau seorang pemain yang bijak dan sangat di perlukan di dalam pasukan."-Rodgers

Suarez baru sahaja menyatakan komitmen kepada kelab, dengan menandatangani kontrak baru hingga 2017 dan pemain tersebut juga menyatakan kesetiaannya untuk terus bersama Liverpool. YNWA

Rabu, 14 November 2012

Sweden menentang England:4 Jaringan Ibrahimovich

Ibrahimovich mencuri tumpuan media seluruh dunia semalam, dengan 4 jaringan yang membantu Sweden membenam cabaran England, di laman sendiri.

Bukan sahaja dengan 4 gol yang di jaringkan, malam tersebut amat bermakna buat dirinya dengan 1 jaringan jarak jauh dengan volley yang sangat menakjubkan, menewaskan penjaga gol England pada minit-minit terakhir perlawanan.

Walaupun berada di penghujung karier, dan kini bersama kelab kaya raya, PSG, Ibrahimovich masih mampu menandingi pemain-pemain muda England yang sedang meningkat naik seperti Raheem Sterling, Danny Welbeck dan Tom Cleverly.

Gol pembukaan pada minit ke-20 perlawanan membuat pasukan tuan rumah berada di landasan yang betul. Walaubagaimanapun, England memintas kedudukan dengan 2 gol pantas pada minit ke 35 dan ke-38 menerusi Danny Welbeck dan Steven Caulker.

Kedudukan kekal ke lewat babak kedua, dengan Ibrahimovich menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 78, memintas kedudukan selaku pendahulu pada minit ke 84 dan menjaringkan gol ke 4 beliau dengan jaringan menarik pada minit ke 91 perlawanan.

Manakala 1 lagi perlawanan persahabatan antara Brazil dan Colombia berakhir seri 1-1, dengan jaringan oleh Neymar pada minit ke 63, setelah ketinggalan dengan jaringan pemain Colombia, J Cuadrdado

Jumaat, 26 Oktober 2012

Europa League: Liverpool beroleh kemenangan penting

liverpool sekali lagi beroleh kmenangan tipis menentang kelab kaya Rusia, Anzhi. Kemenangan liverpool untuk perlawanan ke-3 peringkat kumpulan ini cukup penting selepas kekalahan mengecewakan di laman sendiri ketika menentang Udinese.

Dengan penyerang yang memperoleh gaji tertinggi di dunia, samuel eto'o, masih tidak dapat menembusi kekebalan gawang Liverpool yang di jaga rapi pertahanan 3 serangkai Agger-Skrtel-Jones.Kekebalan pertahanan Liverpool telah membuat rangkainan serangan Anzhi sering menemui kebuntuan.

Hero Liverpool, Stewart Downing menjaringkan gol kemenangan yang penting, yang telah memisahkan kedudukan kedua dua pasukan hingga masa tamat.

Downing yang bermula sebagai pemain sayap kanan, di tukar posisi menjadi bek kiri, mengambil tempat Glen Johnson. Tempat beliau pula telah di gantikan oleh pemain muda, Sterling yang masuk pada babak kedua.

Stewart Downing membuat percubaan dari luar kotak penati menggunakan kaki kanan, dan bola terus menerjah gawang.

Dengan ketumpulan serangan Liverpool yang di ketuai Luis Suarez, banyak peluang yang terhidang di hadapan gol  di sia-siakan begitu sahaja.

Walaubagaimanapun, 3 mata penting di peroleh  di Anfield dan dengan 2 kemenangan daripada 3 perlawanan setakat ini cukup bermakna dan memberi keselesaan untuk meletakkan Liverpool di tangga teratas kumpulan A.

Di harap rentak kemenangan ini dapat di teruskan bagi memberi keyakinan dan dorongan untuk semua ahli pasukan liverpool untuk mencapai target mereka, sekurang kurangnya dengan kududukan empat teratas dalam liga.






Rabu, 24 Oktober 2012

Pertembungan menentang Anzhi

Menjelang pertemuan menenyang kelab kaya Russia, Anzhi pada perlawanan ketiga peringkat kumpulan A esok di Anfield bakal menyaksikan sejarah pertama kali Anzhi ke padang keramat Anfield. Dengan bimbingan pengurus hebat, Guus Hiddink yang berjaya membawa Chelsea menjulang piala semasa menjadi pengurus sementara di Stamford Bridge.

Tanpa sebarang rekod perlawanan, Liverpool di lihat mempunyai kelebihan bermain di padang sendiri dan rekod menentang kelab Russia di lihat berpihak kepada Reds. Dengan 7 perlawanan, 3 menang, 1 seri dan 2 kalah, ternyata Liverpool mempunyai rekod yang baik menentang kelab Rusia.

Mengikut statistik yang di keluarkan untuk pertandingan UEFA EUROPA LEAGUE kali ini, kumpulan A yang di isi oleh pasukan Liverpool, Anzhi, Young Boys dan Udinese, kumpulan ini telah menghasilkan jaringan gol paling banyak berbanding kumpulan lain iaitu 17 gol selepas 2 perlawanan. Ini menunjukkan purata 4 gol bagi setiap perlawanan.

Kekalahan Liverpool di laman sendiri ketika menentang Udinese tempoh hari telah menamatkan musim cemerlang Liverpool di laman sendiri untuk peringkat eropah selepas 13 perlawanan tanpa kalah. (10 menang, 3 kalah). Liverpool pastinya mahu menebus semula kehampaan kalah di laman sendiri tempoh hari.

Hingga ke hari ini, Liverpool belum pernah tewas dua kali berturut-turut di laman sendiri di peringkat eropah.

Gol seterusnya untuk Liverpool akan menjadi gol yang ke-550 untuk sebarang perlawanan peringkat eropah. Dan perlawanan seterusnya merupakan perlawanan ke 315 Liverpool di peringkat eropah

Pemain Anzhi, Lassana Diarra dan pemain pinjaman Liverpool, Nuri Sahin pernah bermain dalam satu kelab yang sama, iaitu Real Madrid semasa menjulang Liga Sepanyol musim lepas.

Pemain pertahanan Liverpool, Martin Skrtel pernah bermain bersama kelab Rusia, Zenit St Petersburg dari tahun 2004-2008

Joe Cole pernah berada di bawah bimbingan Guus Hidding semasa tempohnya membimbing Chelsea buat satu jangka masa pendek.

Guus Hiddink juga pernah menyingkirkan Liverpool semasa perlawanan suku akhir piala eropah 2008/09, menang 1-3 di Anfield dan seri 4-4 ketika di Stamford Bridge.

Sabtu, 20 Oktober 2012

LIVERPOOL VS READING

Tahniah buat pasukan Liverpool yang berjaya meraih 3 mata semasa perlawanan menentang Reading semalam.

Kemenangan kedua dalam liga buat Liverpool, sentiasa sesuatu yang positif apabila meraih kemenangan. Walaupun tipis, 3 mata penuh lebih penting dan berharga lebih dari segala-galanya dalam liga bola sepak.

Dengan menurunkan barisan 3 pemain muda, Suso, Sterling dan Wisdom, Liverpool berjaya menahan asakan pemain yang Reading yang mempunyai pengalaman lebih banyak berbanding Liverpool.

Dengan kecederaan beberapa pemain utama Liverpool, pasukan ini masih mampu meraih kemenangan. Pepe Reina yang masih di ragui cedera, tidak di turunkan pada perlawanan ini. Brad Jones menggalas tugas dengan cemerlang tanpa di bolosi sebarang gol.

Borini, yang tiada sehingga Januari telah di gantikan dengan pemain muda yang baru sahaja menandatangani kontrak baru bersama Liverpoo, Suso. Suso memainkan peranan dengan baik, bergandingan dengan Luis Suarez di bahagian hadapan pasukan.

Sterling menjaringkan gol penting dalam perlawanan tersebut. Mencipta sejarah sebagai penjaring kedua termuda di belakang Owen, Sterling pastinya pemain yang istimewa buat Liverpool.

Pujian juga harus di berikan kepada barisan pertahanan Liverpool yang mantap dan dapat mengawal keadaan sehingga berjaya menahan asakan pihak lawan. Dengan pemain muda, Andre Wisdom di bahagian kanan, gandingan pertahanan kebal Agger dan Skrtel serta Glen Johnson di sebelah kiri,  mereka telah berjaya memastikan gawang Brad Jones tidak di bolosi.

Kemenangan kedua dalam 8 perlawanan, mengutip 9 mata, dengan jumlah jaringan keseluruhan 10 dan bolos 12, Liverpool harus melakukan sesuatu dan memastikan kemenangan kembali berpihak kepada pasukan Reds.

Tahniah buat seluruh pasukan Liverpool sekali lagi, dan kemenangan ini sesuatu yang berharga buat kita semua, dan teruskan sokongan tidak kira di mana anda berada!!!!

YNWA

Jumaat, 19 Oktober 2012

Suso: Kontrak baru saya

Suso, pemain muda Liverpool yang mempunyai bakat dan masa depan yang cerah untuk lebih maju dalam arena bola sepak, kini telah menandatangani kontrak baru bersama Liverpool.

Beliau menunjukkan komitmen bersama kelab dan gembira dengan pengurusan kelab yang di terajui Brendan Rodgers. Beliau juga suka dengan pendekatan BR yang berani menggunakan bakat muda, sekaligus memberi peluang kepada Suso untuk bermain bersama skuad senior.

Baru berusia 18 tahun, pemain kelahiran Sepanyol ini membuat debut bersama skuad senior Liverpool ketika meraih kemenangan menentang Old Boys semasa kejohanan Europa League September lalu.

Dengan gaya permainannya yang hebat, sangat menarik perhatian pengurus BR untuk menggunakan khidmatnya bersama skuad senior, selepas memberi sumbangan besar ketika perlawanan menentang Old Boys.

Suso menyertai Liverpool dari kelab Cadiz pada tahun 2010

Ahad, 14 Oktober 2012

Taktikal Brendan Rodgers

Liverpool kini berada di zon bahaya liga perdana. Walaupun masih terlalu awal untuk mengatakan tentang prestasi anak2 buah BR, tetapi dengan keputusan perlawanan di liga perdana sekarang, ianya sesuatu yang amat memeritkan buah semua penyokong dan peminat Liverpool seluruh dunia.

Taktikal dan gaya permainan yang cuba di bawa Brendan Rodgers, tiki taka tampak serba tidak menjadi. Walaupun ada kalanya nampak berjaya, tetapi masih banyak yang kurang.

Bermula dengan bahagian serangan, Luis Suarez dilihat boleh bermain dengan gaya tersebut, tetapi LS7 lebih banyak bermain solo dan membuat percubaan sendiri, berbanding dengan gaya yang di terapkan BR.

LS7 memang di ketahui umum lebih gemar bermain solo, walaupun beliau mampu dan berbakat untuk menerapkan permainan gaya tiki taka bersama pemain lain seperti SG8 dan juga rahim steerling.

Borini, pemain yang kini tercedera ketika membuat latihan bersama skuad Itali, kurang menyerlah. Dengan hanya 1 gol setakat ini, sumbangan beliau pada setiap perlawanan tidak begitu kelihatan.

Dengan keceraan pemain ini, banyak pihak melihat pemain muda seperti suso, morgan dan yessil akan di berikan lebih peluang untuk mengisi kekosongan penyerang yang di anggap kritikal ketika ini.

di barisan tengah, di ketuai SG8, Allen, Jonjo dan Sahin, pemain yang sangat berbakat. Gaya permainan Joe Allen amat menarik perhatian. Beliau kerap kali melakukan simple pass. Hantaran mudah yang tidak berisiko dan tidak bahaya, membuatkan Liverpool kerap kali mengawal bola di atas padang.

Berbeza dengan gaya permainan kapten sejati Liverpool, hantaran berbahaya SG8 terus ke bahagian depan untuk serangan cukup di geruni lawan. Walaupun berisiko 'intercept' dari pihak lawan, pengalaman beliau cukup untuk memastikan bola berada di kaki rakan sepasukan.

Sahin, pemain pinjaman dari Real Madrid dengan gaya permainan hantaran jauh yang menakjubkan. Beliau boleh menjadi sehebat Xabi Alonso jika di beri lebih peluang di masa hadapan.

Beralih ke bahagian tepi padang, tumpuan pasti terarah kepada pemain muda berbakat besar Liverpool, Raheem sterling. Dengan kelajuan dan kepantasan yang ada, beliau seringkali mengkucar kacirkan pertahanan lawan. Satu kekurangannya, saiz badan yang kecil, memandangkan beliau masih muda.

Di bahagian pertahanan, masalah yang sedang di hadapi Liverpool buat masa ini. Agger dan Skrtel, serta Pepe Reina tidak lagi sekental dulu. Jika dulu, gandingan 3 pemain benteng terakhir Liverpool ini amat mantap, sehingga Reina di anugerah kan sarung tangan emas. Kini tidak lagi, gawang Liverpool sering di bocori pihak lawan.

Tumpuan Reina semakin berkurangan, mungkinkah beliau terlalu selesa dengan kedudukan selaku penjaga gol utama Liverpool?

Brendan Rodgers perlu melakukan sesuatu bagi memastikan gawang Liverpool amat sukar untuk di bolosi.Walaupun Agger dan Skrtel berkemampuan untuk menjaringkan gol, terutama ketika sepakan sudut, tetapi tugas utama mereka adalah untuk memastikan gawang Liverpool tidak di bocori.

Jose Enrique tidak bermain kebelakangan ini, memberi peluang kepada bakat muda, Wisdom untuk bermain lebih kerap. Brendan Rodgers dilihat lebih gemar menggunakan khidmat wisdom di bhgian kanan pertahanan, berbanding KD dahulu yang gemar menggunakan Jack Robinson dan John Flanagan. Terdapat perbezaan kegemara pemain bagi kedua dua pengurus tersebut

Dengan Glen Johnson masih mengekalkan tempat selaku kesebelasan utama, gaya permainannya masih sama seperti dulu, tidak berubah. Walaupun tidak kena dengan gaya BR, tetapi masih boleh di guna pakai dengan seringkali membawa bola dari tepi, dan membuat percubaan dari luar kotak penalti.

Pemain2 lain seperti Hendo, Downing, Joe Cole layak berada di bangku simpanan, di perlukan apabila keadaan memaksa.

Brendan Rodgers perlu menggunakan semua pemain pemain Liverpool yang berbakat besar, sepenuhnya bagi merealisasikan target pasukan Liverpool musim ini tercapai.

Sabtu, 13 Oktober 2012

Debut Jonjo Shelvey bersama skuad senior England

Jonjo Shelvey membuat penampilan pertama bersama skuad utama England pada minit ke 66 ketika membantu England membelasah San Marino 5-0 di Wembley.(kelayakan piala dunia)

Jonjo, memakai jersi no.17 England masuk menggantikan Michael Carrick pada separuh masa kedua, sekaligus menandakan debut pertamanya bersama skuad utama England dengan memberikan beberapa sentuhan menakjubkan di bahagian posisi tengah.

Rakan sepasukan Liverpool, SG dan Glen Johnson tidak bermain dalam permainan tersebut akibat penggantungan.

Sementara itu, Joe Allen yang bermain untuk pasukan kebangsaan Wales, memberikan impak berkesan selama 90 minit bagi membantu pasukannya memenangi perlawanan 2-1 setelah ketinggalan 0-1 ketika menentang Scotland.(kelayakan piala dunia)

Pemain jersi no.24 Liverpool itu merukan pemain penting membantu kemenangan, yang mana kedua-dua gol di jaringkan oleh pemain tottenham, Gareth Bales.

Luis Suarez LS7 bermain penuh semasa kekalahan Uruguay kepada Argentina 3-0 ( Lionel messi-2, Arguero-1. Sebastian Coates hanya berada di bangku simpanan sepanjang 90 minit

Daniel Agger mengetuai cabaran pasukan kebangsaan Denmark semasa menentang Bulgaria dengan keputusan berakhir seri 1-1

Nuri Sahin tidak dapat menyumbang banyak ketika pasukan kebangsaan Turki tewas 0-1 kepada Romania dengan pemain no 4 Liverpool tersebut masuk pada minit ke 81 permainan.

Martin Skrtel bermain selama 87 minit ketika kemenangan 2-1 Slovakia ke atas Latvia. Pemain no 37 Liverpool ini terpaksa meninggalkan padang selepas terdapat sedikit pertembungan di atas padang(kelayakan piala dunia)

Pepe Reina berada di bangku simpanan ketika Spain mengukir kemenangan 4-0 ke atas Belarus

Sabtu, 6 Oktober 2012

Kontrak jangka panjang Agger


Daniel Agger hari ini telah menandatangani 1 kontrak baru jangka panjang bersama Liverpool.

Dane menjamin masa depannya dengan Reds selepas menandatangani perjanjian di Melwood pada pagi Jumaat.

Selepas menandatangani kontrak, Agger memberitahu Liverpoolfc.com: "Ia memberi makna segala-galanya kepada saya. Ini adalah tempat yang saya mahu dan saya gembira di kelab ini. Saya benar-benar gembira sekarang dan saya tidak pernah mahu ke tempat lain.

"Saya adalah sebahagian daripada kelab ini - dan saya mahu menjadi sebahagian daripada kelab ini pada masa depan.

"Saya gembira sekarang dengan gaya permainan, dan diharap keputusan akan menyebelahi kita tidak lama lagi.

"Sokongan daripada peminat amat luar biasa. Ketika perlawanan, mereka menyanyi semua lagu tentang saya, ia amat sukar untuk memberi tumpuan kepada permainan! Ia adalah satu pengalaman yang hebat untuk saya dan saya tidak pernah mengalaminya sebelum ini.

"Itulah sebabnya saya amat gembira di sini. Bagi saya itu adalah Liverpool.

"Saya rasa saya tergolong di sini dan selagi pengurus dan pemilik memerlukan saya, saya akan berada di sini."

Agger menyertai Liverpool dari Brondby pada Januari 2006.

Pemain pertahanan ini telah membuat 177 penampilan untuk The Reds, menjaringkan sembilan gol, dan kukuh sebagai kesebelasan utama Kop.

Pengarah Urusan Ian Ayre berkata: "sumbangan Daniel sejak menyertai kelab itu pada tahun 2006 benar-benar hebat dan kesetiaan beliau kepada pasukan diiktiraf oleh perjanjian itu, dan dia telah tandatanganinya hari ini.

"Daniel sentiasa memberi gambaran jelas bahawa beliau mahu terus bersama Liverpool dan kami gembira bahawa dia komited masa depannya kepada kelab.

"Kami membawa masuk beberapa pemain yang sangat menarik pada musim panas ini - sesetengah daripada mereka memilih Liverpool berbanding kelab di Liga Juara-Juara.

"Tetapi ia adalah sama penting untuk mengekalkan pemain yang paling penting dan hakikat bahawa Daniel kini telah mengikuti Luis Suarez, Martin Skrtel dan Jonjo Shelvey dalam menandatangani kontrak baru dan ini adalah bukti kepada hakikat bahawa pemain percaya dalam apa yang kita sedang cuba untuk capai di sini di bawah pengurus Brendan Rodgers. "

Ahad, 26 Ogos 2012

Borini, Allen, Assaidi...... here we are- Sahin



Brendan Rodgers sehingga kini telah membuat 4 pembelian dengan jumlah keseluruhaqn euro 28.5 juta dan telah menjual 5 pemain Liverpool- Kuyt, Bellamy, Aquilani, Maxi dan Aurelio dengan dana keseluruhan bernilai euro 9 juta berjaya di kumpul.

Dengan mendapatkan 4 pemain baru, dan ada ura-ura mengatakan BR akan membawa masuk kira-kira 3 orang pemain baru yang berbakat besar ke Anfield. Tetapi itu masih menjadi tanda tanya, dengan stail pengurus baru Liverpool ini yang lebih suka membuat pembelian secara senyap tanpa menghebahkan kepada media.

Sehingga hari ini, hanya 2 daripada 4 pemain yang baru menyertai Liverpool ini,telah membuat dubutnya bersama Liverpool.

Borini di lihat masih belum dapat menyesuaikan diri dengan gaya permainan Liverpool, walaupun telah berjaya menyumbat 1 gol semasa penampilannya menentang FC Gomel di Anfield tempoh hari. Selain daripada itu, dia seringkali kelihatan buntu untuk mendapatkan bola, mungkin tertutup dengan kelincahan pemain utama Liverpool, Luis Suarez yang bermain bersamanya di posisi serangan

Joe Allen di lihat mampu mengikut rentak permainan Liverpool dengan mengendali di kawasan tengah padang, bermain bersama pemain yang lebih berpengalaman seperti SG, Lucas dan Charlie Adam. Allen yang mengikut langkah BR ke Anfield kini dilihat seringkali dapat bermain, sebagai pemain utama dan juga simpanan, mengikut kesesuaian perlawanan.

Saksikan 2 lagi pemain baru Liverpool, mungkin akan membuat debutnya bersama Liverpool FC semasa menentang Manchester City, malam ini....

Sahin, Alonso dan Liverpool

 Seperti yang kita sedia maklum, kemasukan Nuri Sahin ke Liverpool secara pinjaman telah didorong oleh Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho dan juga bekas pemain dan bintang Liverpool, Xabi Alonso.

Walaupun telah lama meninggalkan kelab, Xabi tetap memberikan khidmat disamping sentiasa menunjukkan sokongan buat Liverpool, membuatkan penyokong Liverpool sentiasa senang dengan sikap pemain ini

Nuri Sahin, yang pada mulanya lebih berminat ke Arsenal, di dorong dengan pemergian Alex Song ke kelab musuh Real Medrid, Barcelona. Tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk ke Liverpool, dan telah menandatangani kontrak pinjaman semusim untuk berkhidmat bersama The Reds


 Bintang Turki yang bersinar bersama Borussia Dourtmand ini, membuat perpindahan kekal ke Real Madrid awal musim lalu, tetapi hanya membuat debut bersama kelab barunya itu 3 bulan setelah berlansungnya liga Sepanyol, oleh kerana kecederaan yang di alami ketika itu.

Beliau juga kekurangan peluang bermain, kerana menghadapi persaingan yang kuat dengan pemain senior di dalam kelab tersebut, mengehadkan penampilannya bersama kelab tersebut.




Oleh kerana itu, beliau bersetuju untuk bermain di luar dari kelab, dengan kontrak pinjaman, agar beliau lebih di beri peluang untuk mengisi kesebelasan utama, sekaligus dapat menyelesaikan masalahnya yang seringkali memanaskan bangku simpanan

Adakah pemain ini dapat menyerlah dan membantu skuad Liverpool yang kini sedang dalam keadaan buntu, terutama di bahagian tengah padang???

Kita tunggu dan lihat debut pertamanya nanti!!!!

Khamis, 16 Ogos 2012

5 perkara yang perlu di beri perhatian di Liverpool


Pelantikan Brendan Rodgers telah membawa perkembangan positif ke Anfield, dengan melihat Reds boleh bermain dengan lebih menarik, hantaran pendek bola sepak. Dengan menandatangani pemain seperti Joe Allen dan Fabio Borini, ditambah ketibaan yang akan berlaku, Nuri sahin, menceriakan lagi kem latihan, tetapi masih lagi terdapat beberapa faktor yang perlu dilihat, kerana mereka terlalu fokus untuk meningkatkan prestasi dalam kempen Liga Perdana Inggeris yang mengecewakan musim lalu.


Kurang pemain berpengalaman

Dirk Kuyt, Craig Bellamy dan Maxi Rodriguez tidak boleh menjadi pemain pilihan pertama di Anfield, tetapi ketiga-tiganya mempunyai masa hebat mereka musim lalu, dan pengalaman mereka boleh terlepas pada musim ini. Ketiga-tiga mereka mempunyai cukup pengalaman dalam menjaringkan gol di liga perdana dan tanpa kehadiran mereka  -  dengan falsafah pemilik dari Amerika, pemain muda Liverpool perlu meningkatkan permainan mereka.




Kekurangan kesinambungan

Brendan Rodgers boleh membuktikan bahawa pelantikannya akan menjadi satu inspirasi buat kelab, tetapi ia akan mengambil masa bagi mendapatkan hasilnya dan Liverpool perlu bermula dari peringkat awal untuk kali ketiga dalam masa dua tahun, dengan warga Ireland Utara itu menyambut kerusi panas yang ditinggalkan Roy Hodgson dan Kenny Dalglish di Anfield. Kekurangan kesinambungan ini dapat membuktikan bahawa perlumbaan untuk tempat Liga Juara-Juara sangat mencabar, walaupun perkara yang sama dilalui Tottenham dan juga Chelsea.


Kekuatan dalaman

Pemain utama Liverpool kelihatan kuat, tetapi kebimbangan Brendan Rodgers adalah dia tidak mempunyai kekuatan dalaman untuk bersaing dengan kelab besar Liga Perdana. Agger dan Skrtel berada di kelas yang tinggi, berbanding Carragher dan Coates, selain ia perlu memikirkan jika Lucas tidak dapat bermain (terutamanya dengan peranannya untuk bertahan, dia akan bermain sebagai pertahanan utama yang menghantar bola ke hadapan). Bahagian serangan, Suarez, Carroll dan Borini mempunyai potensi besar, tetapi bolehkah Rodgers bergantung kepada seperti Stewart Downing, Joe Cole dan Charlie Adam untuk mencipta jaringan? Sementara itu, Raheem Sterling terlalu muda untuk bergantung kepadanya bermain secara kerap di peringkat tertinggi



Gol

Jaringan gol adalah masalah terbesar Liverpool musim lalu dan mereka hanya boleh berharap bahawa Brendan Rodgers dapat mendapatkan jaringan dan percubaan yang lebih tepat di hadapan gol. Kegigihan Luis Suarez dan Andy Carroll di hadapan pintu gol musim lepas sangat di puji, tetapi pemain baru, Fabio Borini merupakan salah seorang penjaring yang kurang dikenali dalam Serie A musim lalu, dengan hanya sembilan gol dalam liga untuk Roma. Pemain Itali itu berumur 21, dan masih boleh meningkat, namun tidak boleh dijangka menjadi pencabar seperti Wayne Rooney, Sergio Aguero dan Robin Van Persie dalam carta jaringan gol. Dapat menandingi jaringan gol Fernando Torres sudah mencukupi bagi pemain muda ini.



Pepe Reina

Pemenang tiga kali anugerah Golden Glove Liga Perdana, Pepe Reina telah menjadi bentang utama untuk Liverpool sejak menyertai kelab itu pada tahun 2005. Musim lalu, bagaimanapun, untuk pertama kalinya dalam kerjaya beliau di Anfield, pemain dari Sepanyol ini mengalami kejatuhan yang ketara dalam prestasinya. Malah, mana-mana penjaga gol terhebat mempunyai tempoh di mana mereka melakukan kesilapan, jadi ia tiada sebab untuk panik, tetapi Liverpool memerlukan Reina berada kembali di prestasi terbaik permainannya jika mereka ingin mencabar bagi empat tempat teratas.

Jumaat, 20 Julai 2012

Perlumbaan mendapatkan bintang Spain


Liverpool telah menyertai Chelsea dan Newcastle dalam perlumbaan untuk menandatangani pemain pertahanan kanan Marseille yang bernilai £ 8million, Cesar Azpilicueta.

Bintang Sepanyol, yang akan menjadi kapten negara di kejohanan Sukan Olimpik, adalah pemain yang dikehendaki selepas bermain dua musim di Perancis, di mana beliau telah muncul sebagai salah seorang daripada pemain pertahanan terkemuka di Ligue 1.

Satu laporan dalam akhbar La Provence berkata, Chelsea masih menjadi pilihan untuk menandatangani bekas pemain Athletic Bilbao itu, tetapi Liverpool dan Newcastle masih boleh mencuba untuk mendapatkan peluang mereka untuk bercakap dengannya.

Chelsea telah ditetapkan untuk menggandakan usaha mereka untuk mendapatkan pemain itu sebaik sahaja mereka telah berjaya menandatangani pemain tengah Brazil, Oscar yang juga beraksi di London untuk Olimpik.

Tetapi bos Liverpool, Brendan Rodgers yang fasih berbahasa Sepanyol dan telah mengesan Azpilicueta sejak beliau diburu untuk mengetuai Reds, Mei lalu.

Posisi tersebut tidak menjadi keutamaan untuk Rodgers bagi menangani musim panas ini, dengan bintang England, Glen Johnson yang muncul untuk menjadi pilihan pertama, walaupun serba boleh bermain di bahagian kiri pertahanan.

Newcastle merubah pendirian Rodgers


Bos Liverpool, Brendan Rodgers tidak lagi terbuka kepada sebarang permintaan pinjaman untuk Andy Carroll selepas permintaan nakal Newcastle minggu ini.

Bos Anfield tidak menolak perjanjian pinjaman apabila beliau mendedahkan bahawa sebarang pertanyaan untuk penyerang England tersebut awal bulan ini, tetapi telah berubah pendirian selepas tawaran oportunis Newcastle.

Rodgers telah kehabisan idea untuk penyerang itu, yang bernilai £ 35million, rekod kelab untuk menandatanganinya dari Newcastle 18 bulan yang lalu, meninggalkan kelab buat sementara waktu dan berkata jika Newcastle atau mana-mana kelab lain mahukan dia, ia akan menjadi perjanjian yang kekal .

"Kelab ini melabur £ 35million untuk pemain ini dan telah banyak perbicaraan yang dibuat sejak beberapa minggu yang lalu," Rodgers mendedahkan. "Bagi saya, ia adalah mudah. ​​Pemain masih ini sebahagian daripada kumpulan ini dan satu-satunya cara kita akan berfikir tentang beliau untuk keluar, adalah sama seperti mana-mana pemain lain.

"Jika ada tawaran untuk mendapatkan beliau menerusi satu perjanjian kekal, kami perlu meneliti, tetapi itu tidak berbeza dengan mana-mana pemain. Cadangan untuk pemain ini pergi ke kelab lain atas dasar pinjaman untuk satu tahun adalah tidak masuk akal.

"Ia adalah seperti sebahagian daripada tahun ini di mana terdapat pendapat dan cadangan yang berlaku daripada ejen dan orang lain, tetapi realitinya adalah beliau akan menyertai kami di sini, di Boston minggu depan.

Beliau adalah pemain yang berbakat dan kita akan mengkaji apa yang berlaku dari sana."

Newcastle kini masih berfikir sama ada atau tidak untuk membuat satu langkah yang tetap dengan laporan yang mendakwa mereka boleh menawarkan serendah £ 16million untuk pemain ini.

Reds hadapi kesukaran kekalkan Skrtel


Zenit St Petersburg adalah kelab terbaru yang berminat untuk menandatangani Martin Skrtel, tetapi Liverpool tetap berharap dan mahu memastikan dia terus berada di Anfield.

Brendan Rodgers mengawasi rombakan utama skuadnya tetapi salah satu perkara terakhir yang dia mahu lakukan adalah untuk kehilangan khidmat Skrtel, yang telah menjadi tunggak untuk kelab itu dan telah dipilih sebagai pemain terbaik Liverpool musim ini Mei lalu.

Manchester City juga berjaga-jaga kepada sebarang kesediaan dan kemungkinan untuk Skrtel, selepas pemain pertahanan itu mendedahkan bahawa urusan lanjutan kontrak dengan The Reds telah terhenti. Tetapi Liverpool pasti enggan kehilangan pemain pertahanan tersebut untuk saingan Liga Perdana.

Dan sekarang, Zenit telah menyertai senarai senarai kelab yang berpotensi, tetapi Rodgers terus yakin bahawa dia boleh memujuk pemain pertahanan tersebut untuk kekal dan menandatangani perjanjian baru.

Skrtel pada masa lalu berkata beliau komited kepada Reds tetapi terdapat laporan bahawa dia kini kurang gembira dengan kekurangan yang berterusan dalam cabaran Liga Perdana Inggeris di Anfield.

3 kelab berminat dengan RVP


Kini dilaporkan bahawa Manchester United, Manchester City dan Juventus telah membuat tawaran untuk penyerang Arsenal, Robin van Persie.

Penyerang antarabangsa Holland itu mengakui pada awal musim panas ini bahawa dia tidak akan menandatangani perlanjutan kontrak di Emirates, yang tinggal hanya 12 bulan.


Ini membuatkan The Gunners perlu membuat keputusan yang sukar sama ada mendapatkan dana daripada penjualan pemain berusia 28 tahun itu sekarang atau risiko kehilangan beliau pada musim panas akan datang dengan percuma.


Ia kelihatan seperti mereka telah memilih untuk menjualnya selepas didedahkan bahawa pesaing Liga Perdana, United dan City serta kelab gergasi Itali, Juventus telah membuat tawaran untuk pemain ini sekitar  £ 15million untuk penyerang itu.

Pengurus United, Sir Alex Ferguson telah membawa masuk Shinji Kagawa dan Nick Powell ke dalam skuadnya musim panas ini, tetapi dengan Dimitar Berbatov bersedia untuk pergi, penambahan Van Persie akan menjadi rangsangan yang tepat pada masanya kepada skuad hadapan Red Devils.

Arsenal yang dipercayai untuk meleyakkan yuran perpindahan melebihi 25million £ bagi bekas pemain Feyenoord itu, yang berpindah ke utara London dengan yuran sebanyak £ 2750000 pada tahun 2004.

Walau bagaimanapun, ia juga telah diperkatakan bahawa Van Persie tidak akan bersama dengan skuad Gunners ke Asia pada hujung minggu ini untuk tiga lawatan perlawanan pra-musim, menunjukkan satu perjanjian keluar akan di buat.

Khamis, 19 Julai 2012

Liverpool berjaga0jaga dengan masa hadapan affelay


Sasaran Liverpool dan Arsenal, Ibrahim Afellay sedang mempertimbangkan masa depannya selepas pengurus baru Barcelona, Tito Vilanova memaklumkan kepada pemain sayap beliau itu akan berperanan sebagai pemain sokongan untuk kelab Nou Camp tersebut, mengikut Sepanyol akhbar El Mundo Deportivo.

Afellay memendekkan tempoh cutinya musim panas ini untuk mengadakan rundingan dengan Vilanova dan bos baru Barcelona, yang menggantikan Pep Guardiola awal musim panas ini, telah memaklumkan kepada pemain Belanda itu bahawa dia akan menjadi lebih sebagai pemain skuad musim depan.

Kecederaan telah menghalang Afellay ke puncak prestasi, sejak tiba di Barcelona dari PSV pada Januari 2011 - dia hanya berjaya membuat lapan permulaan liga sepanjang satu setengah musim di Barcelona dan pemain berusia 26 tahun itu kini meneroka pilihan daripada rentetan kelab yang berminat.

talkSPORT mendedahkan semalam bahawa pemain Belanda itu berpeluang untuk ke kelab Perancis, Lille tetapi beliau menyedari terdapat minat dari Arsenal dan Inter Milan.

Dan Liverpool juga dikhabarkan akan memantau keadaan Afellay,dengan Brendan Rodgers kelihatan untuk meningkatkan pilihan menyerang pasukannya menjelang musim baru.

Rabu, 18 Julai 2012

Andy mahu terus kekal di Anfield


Andy Carroll memberitahu Liverpool yang dia mahu terus kekal di Anfield, daripada dipinjamkan atau dijual dengan harga yang jauh lebih rendah.
 
Carroll tidak berminat kembali ke Newcastle atau ke selatan, sama ada West Ham ataupun Fulham. "Andy memberitahu Liverpool bahawa dia tidak mahu pergi," sumber.
 
Namun, Liverpool dilihat sanggup menerima bidaan sekitar £20 juta untuk pemain antarabangsa England itu.
 
Walau bagaimanapun, Liverpool mungkin perlu menunggu dari kelab yang lebih besar sebelum menerima bidaan daripada kelab seperti Newcastle yang belum tentu bersedia bagi membayar yuran perpindahan, beserta gaji mingguan pemain bernilai £80,000 seminggu.
 
Liverpool membeli Carroll dengan harga £35 juta tetapi pemain itu kelihatan tidak sesuai dengan strategi taktikal pengurus baru mereka, Brendan Rodgers.
 
Terdapat petunjuk bahawa Rodgers lebih rela meminjamkan striker tengah itu, namun Liverpool lebih cenderung untuk mendapatkan kembali sebahagian daripada yuran yang digunakan dan menggunakannya untuk membeli pemain baru.
 
Walau apapun, Carroll tetap mahu kekal di Anfield dan membuktikan kepada Rodgers bahawa dia sesuai untuk perancangannya.

Ahad, 15 Julai 2012

Clint Depmsey di depan mata Reds


Bos Liverpool, Brendan Rodgers bersedia untuk membida £ 7.5 juta untuk pemain Fulham yang juga bintang Amerika, Clint Dempsey dalam serbuan pemindahan pemain utama yang pertama.

Rodgers mahu membeli Dempsey secepat mungkin dan mengikat perjanjian sebelum Kop berlepas ke tanah air pemain tersebut minggu depan.

Dempsey mempunyai musim sensasi dengan Fulham tetapi boleh dijual sebagai satu perjanjian yang sedang berjalan dan dia berharap langkah 'glamor' tersebut pada peringkat ini semasa kerjayanya, dengan kelab Anfield bersedia untuk membayar tuntutan yang di minta.

Rodgers mahu beberapa muka-muka baru dan mempunyai dana untuk membawa Dempsey - dengan Fulham bersedia untuk menjual dan juga terbuka kepada perjanjian pertukaran kemungkinan yang melibatkan seorang pemain yang di pinggirkan Liverpool.

Sumber rapat ke kem Dempsey mendakwa perjanjian boleh dilakukan paling awal Rabu ini, dengan pemindahan yang cepat juga diperlukan Fulham yang mahu menggunakan wang tunai untuk membeli pemain mereka.

Sasaran Liverpool mahu bermain di Liga Perdana


Satu lagi pemain sasaran Liverpool, Lewis Holtby mengakui dia mahu bermain dalam Liga Perdana.

Pemain tengah berusia 21 tahun yang mewakili Schalke mempunyai bapa berbangsa Inggeris, Chris, dan kerap dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana.

Liverpool dilaporkan telah mengesan bakat muda, yang telah 2 kali mewakili negaranya, walaupun bidaan belum lagi dibuat.

Dan Holtby berkata dia tidak tahu apa langkah seterusnya yang akan terjadi, tetapi tetap menegaskan dia pasti akan bermain dalam Liga Perdana Inggeris satu hari nanti.

"Saya sangat gembira di Schalke. Tetapi saya berbohong jika saya katakan saya akan terus melanjutkan kontrak saya di sini," katanya kepada Bild.

"Impian saya sentiasa bermain di Liga Perdana Inggeris - dan suatu hari nanti saya akan membuat langkah ke sana."

Sabtu, 7 Julai 2012

Borini ke Anfield?


BosBbaru Liverpool, Brendan Rogers berharap untuk menandatangani penyerang Roma, Fabio Borini untuk berkhidmat dengan Kop.

Bekas bos Swansea itu tahu banyak perkara tentang Borini, pernah bekerja dengan beliau sebagai jurulatih di akademi Chelsea, dan memperoleh dia sebagai pemain pinjaman di Stadium Liberty tahun lepas.

Bekas penyerang Bologna itu berjaya menjaringkan enam gol dalam sembilan penampilan untuk kelab Wales, tetapi selepas gagal untuk menunjukkan prestasi yang baik di Stamford Bridge, beliau berpindah ke Parma.
Walau bagaimanapun, pemain berusia 21 tahun itu, yang membuat debut penuh antarabangsanya semasa perlawanan menentang Amerika Syarikat pada bulan Februari lalu, serta-merta dipinjamkan ke Roma, yang dipercayai mempunyai pilihan untuk membeli beliau dengan nilai sekitar £ 7 juta.

Rogers perlu untuk berunding dengan kedua-dua kelab jika dia benar-benar berniat untuk mendapatkan Borini, tetapi jika dengan harga yang sesuai, dia boleh berada di Anfield sebelum bermula musim baru Liga Perdana.

Joe Cole sedia dengan peluang kedua


Joe Cole berikrar membuktikan sesuatu dengan membuat tanda aras baru dengan Liverpool di bawah pengurus baru, Brendan Rodgers.

Pemain berusia 30 tahun yang bergelut untuk mencari semula prestasi terbaik semasa musim pertamanya di Anfield dan terhad kepada hanya 9 permulaan liga selepas membuat perpindahan percuma dari Chelsea pada 2010, dan kemudian menghabiskan seluruh musim lepas dengan pinjaman di kelab Perancis, Lille .

Cole kelihatan seperti akan membuat perpindahan kekal dari Merseyside pada musim panas ini, sebelum keputusan kelab itu untuk mengekalkan pemain tersebut dengan pengganti Kenny Dalglish, Rodgers telah membuat keputusan.

Walau bagaimanapun, dengan ketibaan bekas bos Swansea yang telah meningkatkan prospek beliau untuk mendapatkan peluang kedua selepas diberi galakan dan keyakinan daripada pengurus dari Ireland Utara itu, dan Cole terdesak untuk membalas semula kepercayaan yang diberi.

Pemain antarabangsa England itu memberitahu laman web rasmi kelab: "Ia adalah sesuatu yang baik untuk semua orang, jadi saya gembira untuk kembali.

"Saya tidak mahu meninggalkan Liverpool satu hari nanti tanpa apa-apa kejayaan atau tanpa meninggalkan sesuatu di sini.

"Saya ingin memberi impak dan kesan yang mendalam seperti di kelab saya yang lain seperti West Ham, Chelsea dan Lille - Saya tidak mahu orang ramai mengatakan bahawa saya tidak pernah berada di sini.

"Saya ingin diberi peluang untuk bermain, belajar dan memperbaiki, dan menyertai pasukan yang hebat ini. Ia adalah satu kumpulan yang besar dan saya ingin melibatkan diri dalam pasukan ini dan benar-benar bersemangat ketika ini."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...