Rabu, 18 Julai 2012

Andy mahu terus kekal di Anfield


Andy Carroll memberitahu Liverpool yang dia mahu terus kekal di Anfield, daripada dipinjamkan atau dijual dengan harga yang jauh lebih rendah.
 
Carroll tidak berminat kembali ke Newcastle atau ke selatan, sama ada West Ham ataupun Fulham. "Andy memberitahu Liverpool bahawa dia tidak mahu pergi," sumber.
 
Namun, Liverpool dilihat sanggup menerima bidaan sekitar £20 juta untuk pemain antarabangsa England itu.
 
Walau bagaimanapun, Liverpool mungkin perlu menunggu dari kelab yang lebih besar sebelum menerima bidaan daripada kelab seperti Newcastle yang belum tentu bersedia bagi membayar yuran perpindahan, beserta gaji mingguan pemain bernilai £80,000 seminggu.
 
Liverpool membeli Carroll dengan harga £35 juta tetapi pemain itu kelihatan tidak sesuai dengan strategi taktikal pengurus baru mereka, Brendan Rodgers.
 
Terdapat petunjuk bahawa Rodgers lebih rela meminjamkan striker tengah itu, namun Liverpool lebih cenderung untuk mendapatkan kembali sebahagian daripada yuran yang digunakan dan menggunakannya untuk membeli pemain baru.
 
Walau apapun, Carroll tetap mahu kekal di Anfield dan membuktikan kepada Rodgers bahawa dia sesuai untuk perancangannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...