Rabu, 4 Julai 2012
Datuk Bandar masih dalam perbincangan untuk stadium baru
Perbincangan antara Liverpool dan majlis bandaraya bandar untuk pelan stadium baru Liverpool dalam radar positif, menurut Datuk Bandar, Joe Anderson.
Reds masih perlu membuat keputusan sama ada untuk meneruskan usaha itu dengan cadangan nilai stadium sekitar £ 300 juta untuk membina sebuah stadium baru di Stanley Park atau membangunkan semula Anfield.
Memilih pilihan pertama (pembinaan stadium baru) adalah bergantung kepada hak penamaan stadium dengan nilai berjuta-juta pound, manakala pelan kedua (membangunkan semula Anfield) memerlukan beberapa perancangan bagi mengatasi halangan yang perlu diatasi.
Satu tarikh akhir dalam bulan Julai ini telah diberikan untuk membuat keputusan, dan Datuk Bandar Liverpool, Anderson yakin satu keputusan yang diterima oleh semua pihak boleh dicapai.
"Kami dalam mesyuarat tetap dengan Liverpool FC dan kami sedang bekerja dengan kelab ini," katanya kepada Echo Liverpool. "Ia mengecewakan bagi penduduk tempatan dan mereka adalah keutamaan saya.
"Kami mahu resolusi yang pantas kepada isu ini sama ada kelab itu kekal di Anfield atau pergi ke Stanley Park, tetapi kami masih perlu terus membuat perbincangan."
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan