Ahad, 26 Ogos 2012

Borini, Allen, Assaidi...... here we are- Sahin



Brendan Rodgers sehingga kini telah membuat 4 pembelian dengan jumlah keseluruhaqn euro 28.5 juta dan telah menjual 5 pemain Liverpool- Kuyt, Bellamy, Aquilani, Maxi dan Aurelio dengan dana keseluruhan bernilai euro 9 juta berjaya di kumpul.

Dengan mendapatkan 4 pemain baru, dan ada ura-ura mengatakan BR akan membawa masuk kira-kira 3 orang pemain baru yang berbakat besar ke Anfield. Tetapi itu masih menjadi tanda tanya, dengan stail pengurus baru Liverpool ini yang lebih suka membuat pembelian secara senyap tanpa menghebahkan kepada media.

Sehingga hari ini, hanya 2 daripada 4 pemain yang baru menyertai Liverpool ini,telah membuat dubutnya bersama Liverpool.

Borini di lihat masih belum dapat menyesuaikan diri dengan gaya permainan Liverpool, walaupun telah berjaya menyumbat 1 gol semasa penampilannya menentang FC Gomel di Anfield tempoh hari. Selain daripada itu, dia seringkali kelihatan buntu untuk mendapatkan bola, mungkin tertutup dengan kelincahan pemain utama Liverpool, Luis Suarez yang bermain bersamanya di posisi serangan

Joe Allen di lihat mampu mengikut rentak permainan Liverpool dengan mengendali di kawasan tengah padang, bermain bersama pemain yang lebih berpengalaman seperti SG, Lucas dan Charlie Adam. Allen yang mengikut langkah BR ke Anfield kini dilihat seringkali dapat bermain, sebagai pemain utama dan juga simpanan, mengikut kesesuaian perlawanan.

Saksikan 2 lagi pemain baru Liverpool, mungkin akan membuat debutnya bersama Liverpool FC semasa menentang Manchester City, malam ini....

Sahin, Alonso dan Liverpool

 Seperti yang kita sedia maklum, kemasukan Nuri Sahin ke Liverpool secara pinjaman telah didorong oleh Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho dan juga bekas pemain dan bintang Liverpool, Xabi Alonso.

Walaupun telah lama meninggalkan kelab, Xabi tetap memberikan khidmat disamping sentiasa menunjukkan sokongan buat Liverpool, membuatkan penyokong Liverpool sentiasa senang dengan sikap pemain ini

Nuri Sahin, yang pada mulanya lebih berminat ke Arsenal, di dorong dengan pemergian Alex Song ke kelab musuh Real Medrid, Barcelona. Tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk ke Liverpool, dan telah menandatangani kontrak pinjaman semusim untuk berkhidmat bersama The Reds


 Bintang Turki yang bersinar bersama Borussia Dourtmand ini, membuat perpindahan kekal ke Real Madrid awal musim lalu, tetapi hanya membuat debut bersama kelab barunya itu 3 bulan setelah berlansungnya liga Sepanyol, oleh kerana kecederaan yang di alami ketika itu.

Beliau juga kekurangan peluang bermain, kerana menghadapi persaingan yang kuat dengan pemain senior di dalam kelab tersebut, mengehadkan penampilannya bersama kelab tersebut.




Oleh kerana itu, beliau bersetuju untuk bermain di luar dari kelab, dengan kontrak pinjaman, agar beliau lebih di beri peluang untuk mengisi kesebelasan utama, sekaligus dapat menyelesaikan masalahnya yang seringkali memanaskan bangku simpanan

Adakah pemain ini dapat menyerlah dan membantu skuad Liverpool yang kini sedang dalam keadaan buntu, terutama di bahagian tengah padang???

Kita tunggu dan lihat debut pertamanya nanti!!!!

Khamis, 16 Ogos 2012

5 perkara yang perlu di beri perhatian di Liverpool


Pelantikan Brendan Rodgers telah membawa perkembangan positif ke Anfield, dengan melihat Reds boleh bermain dengan lebih menarik, hantaran pendek bola sepak. Dengan menandatangani pemain seperti Joe Allen dan Fabio Borini, ditambah ketibaan yang akan berlaku, Nuri sahin, menceriakan lagi kem latihan, tetapi masih lagi terdapat beberapa faktor yang perlu dilihat, kerana mereka terlalu fokus untuk meningkatkan prestasi dalam kempen Liga Perdana Inggeris yang mengecewakan musim lalu.


Kurang pemain berpengalaman

Dirk Kuyt, Craig Bellamy dan Maxi Rodriguez tidak boleh menjadi pemain pilihan pertama di Anfield, tetapi ketiga-tiganya mempunyai masa hebat mereka musim lalu, dan pengalaman mereka boleh terlepas pada musim ini. Ketiga-tiga mereka mempunyai cukup pengalaman dalam menjaringkan gol di liga perdana dan tanpa kehadiran mereka  -  dengan falsafah pemilik dari Amerika, pemain muda Liverpool perlu meningkatkan permainan mereka.




Kekurangan kesinambungan

Brendan Rodgers boleh membuktikan bahawa pelantikannya akan menjadi satu inspirasi buat kelab, tetapi ia akan mengambil masa bagi mendapatkan hasilnya dan Liverpool perlu bermula dari peringkat awal untuk kali ketiga dalam masa dua tahun, dengan warga Ireland Utara itu menyambut kerusi panas yang ditinggalkan Roy Hodgson dan Kenny Dalglish di Anfield. Kekurangan kesinambungan ini dapat membuktikan bahawa perlumbaan untuk tempat Liga Juara-Juara sangat mencabar, walaupun perkara yang sama dilalui Tottenham dan juga Chelsea.


Kekuatan dalaman

Pemain utama Liverpool kelihatan kuat, tetapi kebimbangan Brendan Rodgers adalah dia tidak mempunyai kekuatan dalaman untuk bersaing dengan kelab besar Liga Perdana. Agger dan Skrtel berada di kelas yang tinggi, berbanding Carragher dan Coates, selain ia perlu memikirkan jika Lucas tidak dapat bermain (terutamanya dengan peranannya untuk bertahan, dia akan bermain sebagai pertahanan utama yang menghantar bola ke hadapan). Bahagian serangan, Suarez, Carroll dan Borini mempunyai potensi besar, tetapi bolehkah Rodgers bergantung kepada seperti Stewart Downing, Joe Cole dan Charlie Adam untuk mencipta jaringan? Sementara itu, Raheem Sterling terlalu muda untuk bergantung kepadanya bermain secara kerap di peringkat tertinggi



Gol

Jaringan gol adalah masalah terbesar Liverpool musim lalu dan mereka hanya boleh berharap bahawa Brendan Rodgers dapat mendapatkan jaringan dan percubaan yang lebih tepat di hadapan gol. Kegigihan Luis Suarez dan Andy Carroll di hadapan pintu gol musim lepas sangat di puji, tetapi pemain baru, Fabio Borini merupakan salah seorang penjaring yang kurang dikenali dalam Serie A musim lalu, dengan hanya sembilan gol dalam liga untuk Roma. Pemain Itali itu berumur 21, dan masih boleh meningkat, namun tidak boleh dijangka menjadi pencabar seperti Wayne Rooney, Sergio Aguero dan Robin Van Persie dalam carta jaringan gol. Dapat menandingi jaringan gol Fernando Torres sudah mencukupi bagi pemain muda ini.



Pepe Reina

Pemenang tiga kali anugerah Golden Glove Liga Perdana, Pepe Reina telah menjadi bentang utama untuk Liverpool sejak menyertai kelab itu pada tahun 2005. Musim lalu, bagaimanapun, untuk pertama kalinya dalam kerjaya beliau di Anfield, pemain dari Sepanyol ini mengalami kejatuhan yang ketara dalam prestasinya. Malah, mana-mana penjaga gol terhebat mempunyai tempoh di mana mereka melakukan kesilapan, jadi ia tiada sebab untuk panik, tetapi Liverpool memerlukan Reina berada kembali di prestasi terbaik permainannya jika mereka ingin mencabar bagi empat tempat teratas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...