Memaparkan catatan dengan label brendan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label brendan. Papar semua catatan

Isnin, 19 November 2012

Strategi BR menjelang perpindahan Januari

Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers mensasarkan tidak banyak perubahan menjelang pasaran pemindahan pemain Januari ini. Walaubagaimanapun, beliau akan berharap dapat memperkukuhkan barisan hadapan pasukan pasukan menjelang pasaran pemain nanti.

Beliau berharap semua penyokong dapat bersabar, bagi membawa Liverpool ke satu tahap yang lebih tinggi. Perubahan ini tidak boleh di lakukan secara drastik dan harus memakan sedikit masa.

"Kami melihat untuk masuk ke pasaran pemain penyerang menjelang Januari ini"-Brendan Rodgers

"Realitinya, musim ini akan sentiasa menjadi sukar, dengan kelab hanya bergerak sedikit ke hadapan dan bagi memastikan kewangan kelab berada dalam keadaan stabil".

Liverpool seharusnya mencari seorang lagi penyerang yang setanding Luis Suarez. Ini kerana jika Suarez mengalami kecederaan, Liverpool akan berada dalam keadaan yang sengsara tanpa seorang pun penyerang berpengalaman.

BR seharusnya mencari solusi secepat mungkin, sebelum sebarang perkara yang tidak di ingini berlaku.

Rabu, 24 Oktober 2012

Pertembungan menentang Anzhi

Menjelang pertemuan menenyang kelab kaya Russia, Anzhi pada perlawanan ketiga peringkat kumpulan A esok di Anfield bakal menyaksikan sejarah pertama kali Anzhi ke padang keramat Anfield. Dengan bimbingan pengurus hebat, Guus Hiddink yang berjaya membawa Chelsea menjulang piala semasa menjadi pengurus sementara di Stamford Bridge.

Tanpa sebarang rekod perlawanan, Liverpool di lihat mempunyai kelebihan bermain di padang sendiri dan rekod menentang kelab Russia di lihat berpihak kepada Reds. Dengan 7 perlawanan, 3 menang, 1 seri dan 2 kalah, ternyata Liverpool mempunyai rekod yang baik menentang kelab Rusia.

Mengikut statistik yang di keluarkan untuk pertandingan UEFA EUROPA LEAGUE kali ini, kumpulan A yang di isi oleh pasukan Liverpool, Anzhi, Young Boys dan Udinese, kumpulan ini telah menghasilkan jaringan gol paling banyak berbanding kumpulan lain iaitu 17 gol selepas 2 perlawanan. Ini menunjukkan purata 4 gol bagi setiap perlawanan.

Kekalahan Liverpool di laman sendiri ketika menentang Udinese tempoh hari telah menamatkan musim cemerlang Liverpool di laman sendiri untuk peringkat eropah selepas 13 perlawanan tanpa kalah. (10 menang, 3 kalah). Liverpool pastinya mahu menebus semula kehampaan kalah di laman sendiri tempoh hari.

Hingga ke hari ini, Liverpool belum pernah tewas dua kali berturut-turut di laman sendiri di peringkat eropah.

Gol seterusnya untuk Liverpool akan menjadi gol yang ke-550 untuk sebarang perlawanan peringkat eropah. Dan perlawanan seterusnya merupakan perlawanan ke 315 Liverpool di peringkat eropah

Pemain Anzhi, Lassana Diarra dan pemain pinjaman Liverpool, Nuri Sahin pernah bermain dalam satu kelab yang sama, iaitu Real Madrid semasa menjulang Liga Sepanyol musim lepas.

Pemain pertahanan Liverpool, Martin Skrtel pernah bermain bersama kelab Rusia, Zenit St Petersburg dari tahun 2004-2008

Joe Cole pernah berada di bawah bimbingan Guus Hidding semasa tempohnya membimbing Chelsea buat satu jangka masa pendek.

Guus Hiddink juga pernah menyingkirkan Liverpool semasa perlawanan suku akhir piala eropah 2008/09, menang 1-3 di Anfield dan seri 4-4 ketika di Stamford Bridge.

Sabtu, 20 Oktober 2012

LIVERPOOL VS READING

Tahniah buat pasukan Liverpool yang berjaya meraih 3 mata semasa perlawanan menentang Reading semalam.

Kemenangan kedua dalam liga buat Liverpool, sentiasa sesuatu yang positif apabila meraih kemenangan. Walaupun tipis, 3 mata penuh lebih penting dan berharga lebih dari segala-galanya dalam liga bola sepak.

Dengan menurunkan barisan 3 pemain muda, Suso, Sterling dan Wisdom, Liverpool berjaya menahan asakan pemain yang Reading yang mempunyai pengalaman lebih banyak berbanding Liverpool.

Dengan kecederaan beberapa pemain utama Liverpool, pasukan ini masih mampu meraih kemenangan. Pepe Reina yang masih di ragui cedera, tidak di turunkan pada perlawanan ini. Brad Jones menggalas tugas dengan cemerlang tanpa di bolosi sebarang gol.

Borini, yang tiada sehingga Januari telah di gantikan dengan pemain muda yang baru sahaja menandatangani kontrak baru bersama Liverpoo, Suso. Suso memainkan peranan dengan baik, bergandingan dengan Luis Suarez di bahagian hadapan pasukan.

Sterling menjaringkan gol penting dalam perlawanan tersebut. Mencipta sejarah sebagai penjaring kedua termuda di belakang Owen, Sterling pastinya pemain yang istimewa buat Liverpool.

Pujian juga harus di berikan kepada barisan pertahanan Liverpool yang mantap dan dapat mengawal keadaan sehingga berjaya menahan asakan pihak lawan. Dengan pemain muda, Andre Wisdom di bahagian kanan, gandingan pertahanan kebal Agger dan Skrtel serta Glen Johnson di sebelah kiri,  mereka telah berjaya memastikan gawang Brad Jones tidak di bolosi.

Kemenangan kedua dalam 8 perlawanan, mengutip 9 mata, dengan jumlah jaringan keseluruhan 10 dan bolos 12, Liverpool harus melakukan sesuatu dan memastikan kemenangan kembali berpihak kepada pasukan Reds.

Tahniah buat seluruh pasukan Liverpool sekali lagi, dan kemenangan ini sesuatu yang berharga buat kita semua, dan teruskan sokongan tidak kira di mana anda berada!!!!

YNWA

Ahad, 14 Oktober 2012

Taktikal Brendan Rodgers

Liverpool kini berada di zon bahaya liga perdana. Walaupun masih terlalu awal untuk mengatakan tentang prestasi anak2 buah BR, tetapi dengan keputusan perlawanan di liga perdana sekarang, ianya sesuatu yang amat memeritkan buah semua penyokong dan peminat Liverpool seluruh dunia.

Taktikal dan gaya permainan yang cuba di bawa Brendan Rodgers, tiki taka tampak serba tidak menjadi. Walaupun ada kalanya nampak berjaya, tetapi masih banyak yang kurang.

Bermula dengan bahagian serangan, Luis Suarez dilihat boleh bermain dengan gaya tersebut, tetapi LS7 lebih banyak bermain solo dan membuat percubaan sendiri, berbanding dengan gaya yang di terapkan BR.

LS7 memang di ketahui umum lebih gemar bermain solo, walaupun beliau mampu dan berbakat untuk menerapkan permainan gaya tiki taka bersama pemain lain seperti SG8 dan juga rahim steerling.

Borini, pemain yang kini tercedera ketika membuat latihan bersama skuad Itali, kurang menyerlah. Dengan hanya 1 gol setakat ini, sumbangan beliau pada setiap perlawanan tidak begitu kelihatan.

Dengan keceraan pemain ini, banyak pihak melihat pemain muda seperti suso, morgan dan yessil akan di berikan lebih peluang untuk mengisi kekosongan penyerang yang di anggap kritikal ketika ini.

di barisan tengah, di ketuai SG8, Allen, Jonjo dan Sahin, pemain yang sangat berbakat. Gaya permainan Joe Allen amat menarik perhatian. Beliau kerap kali melakukan simple pass. Hantaran mudah yang tidak berisiko dan tidak bahaya, membuatkan Liverpool kerap kali mengawal bola di atas padang.

Berbeza dengan gaya permainan kapten sejati Liverpool, hantaran berbahaya SG8 terus ke bahagian depan untuk serangan cukup di geruni lawan. Walaupun berisiko 'intercept' dari pihak lawan, pengalaman beliau cukup untuk memastikan bola berada di kaki rakan sepasukan.

Sahin, pemain pinjaman dari Real Madrid dengan gaya permainan hantaran jauh yang menakjubkan. Beliau boleh menjadi sehebat Xabi Alonso jika di beri lebih peluang di masa hadapan.

Beralih ke bahagian tepi padang, tumpuan pasti terarah kepada pemain muda berbakat besar Liverpool, Raheem sterling. Dengan kelajuan dan kepantasan yang ada, beliau seringkali mengkucar kacirkan pertahanan lawan. Satu kekurangannya, saiz badan yang kecil, memandangkan beliau masih muda.

Di bahagian pertahanan, masalah yang sedang di hadapi Liverpool buat masa ini. Agger dan Skrtel, serta Pepe Reina tidak lagi sekental dulu. Jika dulu, gandingan 3 pemain benteng terakhir Liverpool ini amat mantap, sehingga Reina di anugerah kan sarung tangan emas. Kini tidak lagi, gawang Liverpool sering di bocori pihak lawan.

Tumpuan Reina semakin berkurangan, mungkinkah beliau terlalu selesa dengan kedudukan selaku penjaga gol utama Liverpool?

Brendan Rodgers perlu melakukan sesuatu bagi memastikan gawang Liverpool amat sukar untuk di bolosi.Walaupun Agger dan Skrtel berkemampuan untuk menjaringkan gol, terutama ketika sepakan sudut, tetapi tugas utama mereka adalah untuk memastikan gawang Liverpool tidak di bocori.

Jose Enrique tidak bermain kebelakangan ini, memberi peluang kepada bakat muda, Wisdom untuk bermain lebih kerap. Brendan Rodgers dilihat lebih gemar menggunakan khidmat wisdom di bhgian kanan pertahanan, berbanding KD dahulu yang gemar menggunakan Jack Robinson dan John Flanagan. Terdapat perbezaan kegemara pemain bagi kedua dua pengurus tersebut

Dengan Glen Johnson masih mengekalkan tempat selaku kesebelasan utama, gaya permainannya masih sama seperti dulu, tidak berubah. Walaupun tidak kena dengan gaya BR, tetapi masih boleh di guna pakai dengan seringkali membawa bola dari tepi, dan membuat percubaan dari luar kotak penalti.

Pemain2 lain seperti Hendo, Downing, Joe Cole layak berada di bangku simpanan, di perlukan apabila keadaan memaksa.

Brendan Rodgers perlu menggunakan semua pemain pemain Liverpool yang berbakat besar, sepenuhnya bagi merealisasikan target pasukan Liverpool musim ini tercapai.

Sabtu, 6 Oktober 2012

Kontrak jangka panjang Agger


Daniel Agger hari ini telah menandatangani 1 kontrak baru jangka panjang bersama Liverpool.

Dane menjamin masa depannya dengan Reds selepas menandatangani perjanjian di Melwood pada pagi Jumaat.

Selepas menandatangani kontrak, Agger memberitahu Liverpoolfc.com: "Ia memberi makna segala-galanya kepada saya. Ini adalah tempat yang saya mahu dan saya gembira di kelab ini. Saya benar-benar gembira sekarang dan saya tidak pernah mahu ke tempat lain.

"Saya adalah sebahagian daripada kelab ini - dan saya mahu menjadi sebahagian daripada kelab ini pada masa depan.

"Saya gembira sekarang dengan gaya permainan, dan diharap keputusan akan menyebelahi kita tidak lama lagi.

"Sokongan daripada peminat amat luar biasa. Ketika perlawanan, mereka menyanyi semua lagu tentang saya, ia amat sukar untuk memberi tumpuan kepada permainan! Ia adalah satu pengalaman yang hebat untuk saya dan saya tidak pernah mengalaminya sebelum ini.

"Itulah sebabnya saya amat gembira di sini. Bagi saya itu adalah Liverpool.

"Saya rasa saya tergolong di sini dan selagi pengurus dan pemilik memerlukan saya, saya akan berada di sini."

Agger menyertai Liverpool dari Brondby pada Januari 2006.

Pemain pertahanan ini telah membuat 177 penampilan untuk The Reds, menjaringkan sembilan gol, dan kukuh sebagai kesebelasan utama Kop.

Pengarah Urusan Ian Ayre berkata: "sumbangan Daniel sejak menyertai kelab itu pada tahun 2006 benar-benar hebat dan kesetiaan beliau kepada pasukan diiktiraf oleh perjanjian itu, dan dia telah tandatanganinya hari ini.

"Daniel sentiasa memberi gambaran jelas bahawa beliau mahu terus bersama Liverpool dan kami gembira bahawa dia komited masa depannya kepada kelab.

"Kami membawa masuk beberapa pemain yang sangat menarik pada musim panas ini - sesetengah daripada mereka memilih Liverpool berbanding kelab di Liga Juara-Juara.

"Tetapi ia adalah sama penting untuk mengekalkan pemain yang paling penting dan hakikat bahawa Daniel kini telah mengikuti Luis Suarez, Martin Skrtel dan Jonjo Shelvey dalam menandatangani kontrak baru dan ini adalah bukti kepada hakikat bahawa pemain percaya dalam apa yang kita sedang cuba untuk capai di sini di bawah pengurus Brendan Rodgers. "

Ahad, 26 Ogos 2012

Sahin, Alonso dan Liverpool

 Seperti yang kita sedia maklum, kemasukan Nuri Sahin ke Liverpool secara pinjaman telah didorong oleh Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho dan juga bekas pemain dan bintang Liverpool, Xabi Alonso.

Walaupun telah lama meninggalkan kelab, Xabi tetap memberikan khidmat disamping sentiasa menunjukkan sokongan buat Liverpool, membuatkan penyokong Liverpool sentiasa senang dengan sikap pemain ini

Nuri Sahin, yang pada mulanya lebih berminat ke Arsenal, di dorong dengan pemergian Alex Song ke kelab musuh Real Medrid, Barcelona. Tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk ke Liverpool, dan telah menandatangani kontrak pinjaman semusim untuk berkhidmat bersama The Reds


 Bintang Turki yang bersinar bersama Borussia Dourtmand ini, membuat perpindahan kekal ke Real Madrid awal musim lalu, tetapi hanya membuat debut bersama kelab barunya itu 3 bulan setelah berlansungnya liga Sepanyol, oleh kerana kecederaan yang di alami ketika itu.

Beliau juga kekurangan peluang bermain, kerana menghadapi persaingan yang kuat dengan pemain senior di dalam kelab tersebut, mengehadkan penampilannya bersama kelab tersebut.




Oleh kerana itu, beliau bersetuju untuk bermain di luar dari kelab, dengan kontrak pinjaman, agar beliau lebih di beri peluang untuk mengisi kesebelasan utama, sekaligus dapat menyelesaikan masalahnya yang seringkali memanaskan bangku simpanan

Adakah pemain ini dapat menyerlah dan membantu skuad Liverpool yang kini sedang dalam keadaan buntu, terutama di bahagian tengah padang???

Kita tunggu dan lihat debut pertamanya nanti!!!!

Jumaat, 20 Julai 2012

Reds hadapi kesukaran kekalkan Skrtel


Zenit St Petersburg adalah kelab terbaru yang berminat untuk menandatangani Martin Skrtel, tetapi Liverpool tetap berharap dan mahu memastikan dia terus berada di Anfield.

Brendan Rodgers mengawasi rombakan utama skuadnya tetapi salah satu perkara terakhir yang dia mahu lakukan adalah untuk kehilangan khidmat Skrtel, yang telah menjadi tunggak untuk kelab itu dan telah dipilih sebagai pemain terbaik Liverpool musim ini Mei lalu.

Manchester City juga berjaga-jaga kepada sebarang kesediaan dan kemungkinan untuk Skrtel, selepas pemain pertahanan itu mendedahkan bahawa urusan lanjutan kontrak dengan The Reds telah terhenti. Tetapi Liverpool pasti enggan kehilangan pemain pertahanan tersebut untuk saingan Liga Perdana.

Dan sekarang, Zenit telah menyertai senarai senarai kelab yang berpotensi, tetapi Rodgers terus yakin bahawa dia boleh memujuk pemain pertahanan tersebut untuk kekal dan menandatangani perjanjian baru.

Skrtel pada masa lalu berkata beliau komited kepada Reds tetapi terdapat laporan bahawa dia kini kurang gembira dengan kekurangan yang berterusan dalam cabaran Liga Perdana Inggeris di Anfield.

Rabu, 4 Julai 2012

Reds yakin kekalkan Suarez


Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers yakin beliau boleh menangkis sebarang percubaan untuk membawa Luis Suarez keluar dari Anfield.

Juara Itali, Juventus dilaporkan bersedia untuk membuat satu langkah untuk pemain antarabangsa Uruguay itu jika mereka mendapat apa-apa petunjuk yang dia tidak gembira sepenuhnya di Merseyside.

Walau bagaimanapun, Rodgers berkeras untuk mempertahankan pemain berusia 25 tahun itu, yang mempunyai masa yang sukar musim lalu, menjalani penggantungan selama lapan perlawanan selepas pertelingkahan dengan pertahanan Manchester United, Patrice Evra tetapi kelab masih berminat untuk mengikatnya dengan perjanjian baru.

"Saya telah berbual dengan Luis," kata pengurus Reds. "Dia memang memandang jauh ke hadapan untuk berada di sini dan kami jelas berharap bahawa kami boleh mendapatkan kontrak baru untuknya .
"Dia memandang jauh ke hadapan untuk musim baru ini."

Rodgers mungkin tidak menggunakan khidmat Suárez untuk lawatan pra-musim mereka ke Amerika Syarikat kerana terdapat kemungkinan untuk penyerang itu menjadi sebahagian daripada pasukan Olimpik Uruguay di London nanti.

Liverpool sasar Johnson


Liverpool bersedia untuk bertindak untuk mendapatkan Adam Johnson, yang telah di berikan lampu hijau untuk berhijrah dari kelab kaya, Manchester City.

Pemain sayap itu bergelut untuk mendapatkan tempat utama di City sejak menandatangani pemain dari Middlesbrough dan dengan dijangka beberapa ketibaan pemain baru di Stadium Etihad musim panas ini, dia boleh menjadi pemain yang terus tersisih.

Pemain berusia 24 tahun itu akan mengadakan perbincangan dengan bos City, Roberto Mancini apabila mereka kembali untuk latihan pra-musim dan jika dia tidak diberi jaminan masa depan di City, langkah keluar mungkin akan berlaku.

Liverpool sedang menunggu pemain sayap itu dengan Brendan Rodgers kelihatan untuk menambah bakat menyerang dalam skuad beliau, tetapi dengan nilaibayaran sekitar £ 15million untuk mendapatkan pemain tersebut.

Sunderland juga dikaitkan dengan pemain ini, tetapi Martin O'Neill perlu berusaha keras untuk mendapatkan yuran perpindahan sebesar itu, bersama-sama dengan gaji pemain, yang difikirkan berjumlah £ 70,000 seminggu.

Johnson akan mengambil peluang dengan langkah ke Liverpool dan semuanya akan menjadi lebih jelas setelah beliau mengadakan perbincangan dengan Mancini nanti.

Jumaat, 8 Jun 2012

Bintang Liverpool mengalukan kedatangan Rodgerrs

Penyerang Liverpool, Luis Suarez telah mengalu-alukan kedatangan bos baru, Brendan Rodgers dengan memuji pencapaiannya semasa di Swansea.

Rodgers memperoleh perpindahan ke Anfield awal bulan ini selepas membantu Swans mengekalkan kedudukan di Liga Perdana dalam keadaan yang selesa dan selamat dalam debut kempen liga mereka, manakala Brendan juga memperoleh pujian untuk gaya permainan mereka.

Penyerang Uruguay, Suarez telah dikaitkan dengan berita perpindahannya keluar musim panas ini, tetapi ia akan kelihatan seolah-olah bekas penyerang Ajax, yang meraih 17 gol dalam semua pertandingan musim lalu, adalah peminat setia bos Liverpool yang baru.

"Saya perlu mengatakan Swansea telah membuat satu kejutan yang mengagumkan dalam Liga Perdana Inggeris," kata Suarez kepada pemberita.

"Mereka sentiasa cuba untuk bermain bola sepak dengan kombinasi hantaran pendek dan tidak peduli zon dan kawasan mereka."

Khamis, 7 Jun 2012

Reina mengalu-alukan kedatangan Rodgers

Penjaga gol Liverpool, Pepe Reina telah mengalu-alukan kedatangan pengurus baru kelab itu, Brendan Rodgers.

Reina pada masa ini berada dalam tugasan antarabangsa dengan Sepanyol, tetapi dia telah melihat kesempurnaan bekas kelab Rodgers, Swansea, dan tahu dia ada peluang untuk memenangi sesuatu ketika bekerja dengan bos barunya itu.

Liverpool menunjukkan prestasi yang lemah dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan kemenangan Piala Carling baru-baru ini tidak cukup untuk pemilik kelab itu, yang menggantikan lagenda Kop, Kenny Dalglish dengan Rodgers.

"Pasukan beliau telah bermain dengan baik tahun ini dan Liverpool juga dikenali untuk bermain dengan gaya permainan hantaran pendek, tetapi ia adalah lebih mudah berkata daripada melakukannya," Reina berkata, kepada El Pais.

"Rodgers dialu-alukan ke kelab dan saya akan sentiasa memberi sokongan kepadanya. Kami telah memenangi sebuah piala tahun ini tetapi ia jelas bahawa pada musim kebelakangan ini, kita perlu melakukan sesuatu dengan lebih baik."

Rabu, 6 Jun 2012

Kuyt: Perpindahan tidak ada kaitan dengan ketibaan Rodgers

Dirk Kuyt menegaskan bahawa perlantikan Brendan Rodgers sebagai pengurus Liverpool tidak memainkan peranan dalam keputusan untuknya keluar dari kelab itu.

Pemain kebangsaan Belanda itu telah berpindah ke Fenerbahce dengan kontrak selama tiga tahun mengakhiri kerjasama yang bermula enam tahun lalu dengan kelab Merseyside. Dan beliau menegaskan ia adalah keinginannya untuk mencari cabaran baru, dan tidak ada kaitan dengan ketibaan Rodgers di Anfield.

"Selepas enam tahun, saya bersedia untuk mencari cabaran baru," kata Kuyt di laman web pengurusan, www.sport-promotion.nl.

"Kelab dan penyokong saya akan sentiasa berada di dalam hati saya. "Pelantikan jurulatih baru tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan perpindahan ini. Tetapi apabila Fenerbahce datang kepada saya dan membuat bidaan, dari saat pertama lagi saya telah bersetuju. Mereka memberikankan kembali keyakinan kepada saya."

Andy Gray: Liverpool membuat percaturan besar ketika memilih Brendan

Andy Gray menyatakan bahawa Liverpool telah mengambil risiko yang besar dengan melantik Brendan Rodgers sebagai pengurus baru mereka.


Bekas bos Swansea itu telah menandatangani perjanjian tiga tahun di Anfield, menggantikan Kenny Dalglish, yang meninggalkan kelab itu pada akhir musim lalu. Rodgers, 39, mengetuai kelab Liga Perdana, Swansea dua musim yang lalu dan mempunyai musim yang berjaya tahun lepas, tamat di tempat ke-11 dengan satu pasukan yang dijangka tersingkir pada awal tahun. 


Tetapi bekas penyerang Scotland, Gray mendakwa pelantikan pengurus dari Ireland Utara  itu adalah satu perjudian yang besar di buat oleh oleh pemilik AS Liverpool, Kumpulan Sukan Fenway.


"Ia adalah satu risiko untuk Liverpool," katanya. "Ia adalah satu situasi di mana mereka perlu untuk memberikan masa yang cukup kepadanya.


"Apa yang beliau lakukan dengan Swansea sungguh hebat, dia sangat baik tahun lepas. Beliau mengendalikan diri dan pasukannya dengan begitu cemerlang. Bagaimana dia akan membawa sebuah kelab seperti Liverpool masih belum dapat dilihat.

Gylfi Sigurdsson memberi bayangan berminat dengan Liverpol

Gylfi Sigurdsson telah memberikan pembayang yang kuat bahawa dia bersedia untuk meninggalkan Swansea untuk membuat satu langkah ke Liverpool.

Kelab Wales bersetuju dengan perjanjian bernilai £ 7 juta dengan pemain yang dipinjam dari Hoffenheim yang juga pemain tengah Iceland selepas menunjukkan prestasi hebat beliau pada sepanjang musim pinjamannya selama enam bulan di Swansea.

Tetapi apa yang penting, walaupun Sigurdsson secara lisan bersetuju dengan perpindahan itu, beliau tidak lagi menurunkan tandatangannya. Dan sekarang Brendan Rodgers - pengurus yang membawanya ke Stadium Liberty - telah menerima tawaran untuk menjadi bos baru di Anfield, perjanjian itu telah telah di tangguhkan.

Sigurdsson mengakui terdapat sedikit keinginan dia akan kembali ke selatan Wales, dan sebaliknya mengakui dia lebih tergoda dengan peluang untuk menyertai Liverpool dan terus bekerja di bawah Rodgers.

"Ia jelas pada ketika ini di mana saya akan bermain. Selepas Brendan Rodgers meninggalkan Swansea untuk Liverpool, keadaan telah berubah, "dia mengaku."Saya menjangkakan tidak terus tinggal di Swansea, kerana terdapat ketidakpastian yang berlaku di sana dan ia masih tidak jelas mengenai pengurus baru.

"Hasrat saya adalah untuk terus bermain di Liga Perdana Inggeris."Saya ingin bermain dengan Swansea, oleh kerana saya benar-benar gembira di sana, tetapi kini Liverpool boleh dipertimbangkan.

"Liverpool adalah kelab yang besar yang mempunyai sejarah yang istimewa."Rodgers dengan jelas tidak akan melangkaui perjanjian Swansea, dan telah menegaskan beliau akan menasihati Sigurdsson untuk bercakap dengan bos baru Swans apabila mereka membuat temujanji.

Tetapi pengurus baru Liverpool itu juga berhujah bahawa pemain mempunyai hak untuk berpaling dan berundur dari pada kelab dan mengakui bahawa jika itu yang sepatutnya berlaku, dia akan terdorong untuk membuat tawaran kepada Hoffenheim.

Walaupun Sigurdsson memberitahu bahawa beliau masih belum bercakap dengan Rodgers mengenai langkah ke Anfield - tetapi mendedahkan dia ada keinginan bersama kembali dengan bekas bosnya.

"Tidak, saya tidak bercakap kepadanya mengenai langkah ke Anfield," katanya, "tetapi saya dapat berhubung dengan beliau apabila beliau telah dilantik sebagai pengurus Liverpool. Saya mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepadanya untuk masa yang hebat di Swansea. "

Sabtu, 2 Jun 2012

Rodgers dengan sasaran gelaran liga

Pengurus baru Liverpool, Brendan Rodgers telah memberitahu talkSPORT bahawa matlamat utama beliau adalah untuk memenangi trofi Liga Perdana Inggeris dengan kelab itu. Ia telah 22 tahun berlalu, sejak kali terakhir menjulang gelaran liga dengan pengurus seperti Roy Evans, Gerard Houllier, Rafael Benitez dan Kenny Dalglish semua gagal membawa trofi itu kembali ke Anfield.

Kelab itu telah juga terkeluar daripada kedudukan 4 teratas Liga Perdana untuk 3 musim lepas dan walaupun pada permulaan matlamatnya adalah untuk mendapatkan kembali kedudukan dalam kumpulan elit, dan Liga Juara-Juara, Rodgers menegaskan beliau mempunyai matlamat yang teguh untuk membawa trofi liga ke-19 mereka, tetapi mengakui bahawa perlu mengambil sedikit masa.

"Saya fikir matlamat asal hanya untuk terus membuat langkah-langkah ke hadapan. Pasukan ini menamatkan musim lepas di tangga ke-8 tetapi saya mengatakan mereka sepatutnya lebih baik daripada itu.

"Ia hanya perlu mengambil langkah untuk maju ke hadapan. Liverpool sebagai kelab elit yang tersihor sepatutnya bermain di Liga Juara-Juara tetapi ia bukan itu sahaja. Matlamat Liverpool tidak hanya menjadi pasukan di tangga ke-4. Ia seharusnya menjadi nombor satu tetapi itu memerlukan satu proses dan itu akan mengambil hanya sedikit masa untuk berbuat demikian.

"Itulah matlamat keseluruhan dan sudah tentu kita akan berusaha ke arah itu atas dasar harian dan asas tahunan.

"Sementara itu, Rodgers telah memberikan penghormatan kepada kerja di dalam dan di luar bidang Kenny Dalglish semasa khidmatnya di Liverpool.

"Kenny adalah seorang lelaki yang luar biasa dan masih berbisa," kata pengurus berusia 39 tahun. "Beliau adalah seseorang yang sentiasa bersama bandar dan kelab."Beliau adalah seorang lelaki yang berada di 1 tahap yang lain.

Bagaimana dia membawa kelab dan bandar ini melalui beberapa detik-detik yang hebat yang benar-benar di luar jangkaan."

Jumaat, 1 Jun 2012

Kenny: Semoga berjaya Brendan


Kenny Dalglish mengirim salam kepada Brendan Rodgers pada hari lelaki kelahiran Ireland Utara itu telah diumumkan sebagai pengurus baru Liverpool FC.
Dalglish menggunakan Twitter untuk menyampaikan mesej semoga berjaya kepada penggantinya, Rodgers dan memberi sokongan kepada semua kakitangan di kelab untuk masa depan.

Khamis, 31 Mei 2012

Swansea: Reds and Swans bersetuju dengan terma perpindahan Rodgers

Liverpool telah bersetuju dengan satu pakej pampasan untuk mendapatkan pengurus Swansea, Brendan Rodgers dan dia kini disahkan dan akan diumumkan dalam tempoh 24 jam.

Kedua-dua pihak sedang mencari jalan penyelesaian tentang pakej pampasan dengan Swans meminta lebih tinggi daripada harga yang sedia di bayar Liverpool,  £ 5m .Berikut perbincangan panjang lebar antara kedua-dua pihak kini mendakwa bahawa mereka telah mencapai persetujuan ke atas perjanjian itu dan pengumuman akan di buat kelak.

Rabu, 30 Mei 2012

Pengurus Swansea akan ke Liverpool

Swansea telah mengesahkan bahawa Brendan Rodgers telah memberitahu kelab yang dia mahu meninggalkan Swansea untuk menjadi pengurus baru Liverpool.

Penguru berusia 39 tahun yang berasal dari Utara Ireland itu menolak tawaran awal dari Fenway Sports Group (FSG), disebabkan oleh sebilangan besar calon-calon yang dilaporkan sedang dipertimbangkan untuk peranan tersebut.

Tetapi FSG, yang telah mengadakan perbincangan dengan bos Wigan, Roberto Martinez, membuat tawaran baru untuk bos Swansea itu, dan pengerusi Swansea, Huw Jenkins kini sedang mengadakan perbincangan untuk mendapatkan pampasan.


Jenkins berkata dalam satu kenyataan: "Saya telah mengadakan perbincangan dengan Brendan untuk bercakap tentang kepentingan dan pandangan beliau sama ada dia mahu berbincang dengan Liverpool.

"Beliau menyatakan hasrat beliau dengan saya untuk berbuat demikian dan dia telah bercakap kepada Liverpool. Berikutan daripada perbincangan dengan Brendan, pemilik Liverpool telah memaklumkan kepada kami bahawa dia ingin membuat tawaran mereka kepada Rodgers untuk menguruskan Liverpool.

"Pada masa ini, kami sedang mengadakan perbincangan dengan pemilik berkenaan pampasan. Kami berharap untuk memuktamadkannya bahawa dalam tempoh 24 jam akan datang."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...