Sabtu, 20 Oktober 2012

LIVERPOOL VS READING

Tahniah buat pasukan Liverpool yang berjaya meraih 3 mata semasa perlawanan menentang Reading semalam.

Kemenangan kedua dalam liga buat Liverpool, sentiasa sesuatu yang positif apabila meraih kemenangan. Walaupun tipis, 3 mata penuh lebih penting dan berharga lebih dari segala-galanya dalam liga bola sepak.

Dengan menurunkan barisan 3 pemain muda, Suso, Sterling dan Wisdom, Liverpool berjaya menahan asakan pemain yang Reading yang mempunyai pengalaman lebih banyak berbanding Liverpool.

Dengan kecederaan beberapa pemain utama Liverpool, pasukan ini masih mampu meraih kemenangan. Pepe Reina yang masih di ragui cedera, tidak di turunkan pada perlawanan ini. Brad Jones menggalas tugas dengan cemerlang tanpa di bolosi sebarang gol.

Borini, yang tiada sehingga Januari telah di gantikan dengan pemain muda yang baru sahaja menandatangani kontrak baru bersama Liverpoo, Suso. Suso memainkan peranan dengan baik, bergandingan dengan Luis Suarez di bahagian hadapan pasukan.

Sterling menjaringkan gol penting dalam perlawanan tersebut. Mencipta sejarah sebagai penjaring kedua termuda di belakang Owen, Sterling pastinya pemain yang istimewa buat Liverpool.

Pujian juga harus di berikan kepada barisan pertahanan Liverpool yang mantap dan dapat mengawal keadaan sehingga berjaya menahan asakan pihak lawan. Dengan pemain muda, Andre Wisdom di bahagian kanan, gandingan pertahanan kebal Agger dan Skrtel serta Glen Johnson di sebelah kiri,  mereka telah berjaya memastikan gawang Brad Jones tidak di bolosi.

Kemenangan kedua dalam 8 perlawanan, mengutip 9 mata, dengan jumlah jaringan keseluruhan 10 dan bolos 12, Liverpool harus melakukan sesuatu dan memastikan kemenangan kembali berpihak kepada pasukan Reds.

Tahniah buat seluruh pasukan Liverpool sekali lagi, dan kemenangan ini sesuatu yang berharga buat kita semua, dan teruskan sokongan tidak kira di mana anda berada!!!!

YNWA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...