Liverpool kini berada di zon bahaya liga perdana. Walaupun masih terlalu awal untuk mengatakan tentang prestasi anak2 buah BR, tetapi dengan keputusan perlawanan di liga perdana sekarang, ianya sesuatu yang amat memeritkan buah semua penyokong dan peminat Liverpool seluruh dunia.
Taktikal dan gaya permainan yang cuba di bawa Brendan Rodgers, tiki taka tampak serba tidak menjadi. Walaupun ada kalanya nampak berjaya, tetapi masih banyak yang kurang.
Bermula dengan bahagian serangan, Luis Suarez dilihat boleh bermain dengan gaya tersebut, tetapi LS7 lebih banyak bermain solo dan membuat percubaan sendiri, berbanding dengan gaya yang di terapkan BR.
LS7 memang di ketahui umum lebih gemar bermain solo, walaupun beliau mampu dan berbakat untuk menerapkan permainan gaya tiki taka bersama pemain lain seperti SG8 dan juga rahim steerling.
Borini, pemain yang kini tercedera ketika membuat latihan bersama skuad Itali, kurang menyerlah. Dengan hanya 1 gol setakat ini, sumbangan beliau pada setiap perlawanan tidak begitu kelihatan.
Dengan keceraan pemain ini, banyak pihak melihat pemain muda seperti suso, morgan dan yessil akan di berikan lebih peluang untuk mengisi kekosongan penyerang yang di anggap kritikal ketika ini.
di barisan tengah, di ketuai SG8, Allen, Jonjo dan Sahin, pemain yang sangat berbakat. Gaya permainan Joe Allen amat menarik perhatian. Beliau kerap kali melakukan simple pass. Hantaran mudah yang tidak berisiko dan tidak bahaya, membuatkan Liverpool kerap kali mengawal bola di atas padang.
Berbeza dengan gaya permainan kapten sejati Liverpool, hantaran berbahaya SG8 terus ke bahagian depan untuk serangan cukup di geruni lawan. Walaupun berisiko 'intercept' dari pihak lawan, pengalaman beliau cukup untuk memastikan bola berada di kaki rakan sepasukan.
Sahin, pemain pinjaman dari Real Madrid dengan gaya permainan hantaran jauh yang menakjubkan. Beliau boleh menjadi sehebat Xabi Alonso jika di beri lebih peluang di masa hadapan.
Beralih ke bahagian tepi padang, tumpuan pasti terarah kepada pemain muda berbakat besar Liverpool, Raheem sterling. Dengan kelajuan dan kepantasan yang ada, beliau seringkali mengkucar kacirkan pertahanan lawan. Satu kekurangannya, saiz badan yang kecil, memandangkan beliau masih muda.
Di bahagian pertahanan, masalah yang sedang di hadapi Liverpool buat masa ini. Agger dan Skrtel, serta Pepe Reina tidak lagi sekental dulu. Jika dulu, gandingan 3 pemain benteng terakhir Liverpool ini amat mantap, sehingga Reina di anugerah kan sarung tangan emas. Kini tidak lagi, gawang Liverpool sering di bocori pihak lawan.
Tumpuan Reina semakin berkurangan, mungkinkah beliau terlalu selesa dengan kedudukan selaku penjaga gol utama Liverpool?
Brendan Rodgers perlu melakukan sesuatu bagi memastikan gawang Liverpool amat sukar untuk di bolosi.Walaupun Agger dan Skrtel berkemampuan untuk menjaringkan gol, terutama ketika sepakan sudut, tetapi tugas utama mereka adalah untuk memastikan gawang Liverpool tidak di bocori.
Jose Enrique tidak bermain kebelakangan ini, memberi peluang kepada bakat muda, Wisdom untuk bermain lebih kerap. Brendan Rodgers dilihat lebih gemar menggunakan khidmat wisdom di bhgian kanan pertahanan, berbanding KD dahulu yang gemar menggunakan Jack Robinson dan John Flanagan. Terdapat perbezaan kegemara pemain bagi kedua dua pengurus tersebut
Dengan Glen Johnson masih mengekalkan tempat selaku kesebelasan utama, gaya permainannya masih sama seperti dulu, tidak berubah. Walaupun tidak kena dengan gaya BR, tetapi masih boleh di guna pakai dengan seringkali membawa bola dari tepi, dan membuat percubaan dari luar kotak penalti.
Pemain2 lain seperti Hendo, Downing, Joe Cole layak berada di bangku simpanan, di perlukan apabila keadaan memaksa.
Brendan Rodgers perlu menggunakan semua pemain pemain Liverpool yang berbakat besar, sepenuhnya bagi merealisasikan target pasukan Liverpool musim ini tercapai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan