Memaparkan catatan dengan label pepe. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pepe. Papar semua catatan
Khamis, 16 Ogos 2012
5 perkara yang perlu di beri perhatian di Liverpool
Pelantikan Brendan Rodgers telah membawa perkembangan positif ke Anfield, dengan melihat Reds boleh bermain dengan lebih menarik, hantaran pendek bola sepak. Dengan menandatangani pemain seperti Joe Allen dan Fabio Borini, ditambah ketibaan yang akan berlaku, Nuri sahin, menceriakan lagi kem latihan, tetapi masih lagi terdapat beberapa faktor yang perlu dilihat, kerana mereka terlalu fokus untuk meningkatkan prestasi dalam kempen Liga Perdana Inggeris yang mengecewakan musim lalu.
Kurang pemain berpengalaman
Dirk Kuyt, Craig Bellamy dan Maxi Rodriguez tidak boleh menjadi pemain pilihan pertama di Anfield, tetapi ketiga-tiganya mempunyai masa hebat mereka musim lalu, dan pengalaman mereka boleh terlepas pada musim ini. Ketiga-tiga mereka mempunyai cukup pengalaman dalam menjaringkan gol di liga perdana dan tanpa kehadiran mereka - dengan falsafah pemilik dari Amerika, pemain muda Liverpool perlu meningkatkan permainan mereka.
Kekurangan kesinambungan
Brendan Rodgers boleh membuktikan bahawa pelantikannya akan menjadi satu inspirasi buat kelab, tetapi ia akan mengambil masa bagi mendapatkan hasilnya dan Liverpool perlu bermula dari peringkat awal untuk kali ketiga dalam masa dua tahun, dengan warga Ireland Utara itu menyambut kerusi panas yang ditinggalkan Roy Hodgson dan Kenny Dalglish di Anfield. Kekurangan kesinambungan ini dapat membuktikan bahawa perlumbaan untuk tempat Liga Juara-Juara sangat mencabar, walaupun perkara yang sama dilalui Tottenham dan juga Chelsea.
Kekuatan dalaman
Pemain utama Liverpool kelihatan kuat, tetapi kebimbangan Brendan Rodgers adalah dia tidak mempunyai kekuatan dalaman untuk bersaing dengan kelab besar Liga Perdana. Agger dan Skrtel berada di kelas yang tinggi, berbanding Carragher dan Coates, selain ia perlu memikirkan jika Lucas tidak dapat bermain (terutamanya dengan peranannya untuk bertahan, dia akan bermain sebagai pertahanan utama yang menghantar bola ke hadapan). Bahagian serangan, Suarez, Carroll dan Borini mempunyai potensi besar, tetapi bolehkah Rodgers bergantung kepada seperti Stewart Downing, Joe Cole dan Charlie Adam untuk mencipta jaringan? Sementara itu, Raheem Sterling terlalu muda untuk bergantung kepadanya bermain secara kerap di peringkat tertinggi
Gol
Jaringan gol adalah masalah terbesar Liverpool musim lalu dan mereka hanya boleh berharap bahawa Brendan Rodgers dapat mendapatkan jaringan dan percubaan yang lebih tepat di hadapan gol. Kegigihan Luis Suarez dan Andy Carroll di hadapan pintu gol musim lepas sangat di puji, tetapi pemain baru, Fabio Borini merupakan salah seorang penjaring yang kurang dikenali dalam Serie A musim lalu, dengan hanya sembilan gol dalam liga untuk Roma. Pemain Itali itu berumur 21, dan masih boleh meningkat, namun tidak boleh dijangka menjadi pencabar seperti Wayne Rooney, Sergio Aguero dan Robin Van Persie dalam carta jaringan gol. Dapat menandingi jaringan gol Fernando Torres sudah mencukupi bagi pemain muda ini.
Pepe Reina
Pemenang tiga kali anugerah Golden Glove Liga Perdana, Pepe Reina telah menjadi bentang utama untuk Liverpool sejak menyertai kelab itu pada tahun 2005. Musim lalu, bagaimanapun, untuk pertama kalinya dalam kerjaya beliau di Anfield, pemain dari Sepanyol ini mengalami kejatuhan yang ketara dalam prestasinya. Malah, mana-mana penjaga gol terhebat mempunyai tempoh di mana mereka melakukan kesilapan, jadi ia tiada sebab untuk panik, tetapi Liverpool memerlukan Reina berada kembali di prestasi terbaik permainannya jika mereka ingin mencabar bagi empat tempat teratas.
Khamis, 7 Jun 2012
Reina mengalu-alukan kedatangan Rodgers
Penjaga gol Liverpool, Pepe Reina telah mengalu-alukan kedatangan pengurus baru kelab itu, Brendan Rodgers.
Reina pada masa ini berada dalam tugasan antarabangsa dengan Sepanyol, tetapi dia telah melihat kesempurnaan bekas kelab Rodgers, Swansea, dan tahu dia ada peluang untuk memenangi sesuatu ketika bekerja dengan bos barunya itu.
Liverpool menunjukkan prestasi yang lemah dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan kemenangan Piala Carling baru-baru ini tidak cukup untuk pemilik kelab itu, yang menggantikan lagenda Kop, Kenny Dalglish dengan Rodgers.
"Pasukan beliau telah bermain dengan baik tahun ini dan Liverpool juga dikenali untuk bermain dengan gaya permainan hantaran pendek, tetapi ia adalah lebih mudah berkata daripada melakukannya," Reina berkata, kepada El Pais.
"Rodgers dialu-alukan ke kelab dan saya akan sentiasa memberi sokongan kepadanya. Kami telah memenangi sebuah piala tahun ini tetapi ia jelas bahawa pada musim kebelakangan ini, kita perlu melakukan sesuatu dengan lebih baik."

Khamis, 10 Mei 2012
Pemain dengan jersey baru mereka
Sekarang kit tuan rumah baru LFC untuk musim 2012-13 telah didedahkan, di sini terdapat beberapa posing hebat pemain menunjukkan jersey baru LFC.
Rabu, 2 Mei 2012
20 Penampilan terbanyak buat LFC: No. 5
No.5: Pepe Reina (253 penampilan)
Sekiranya Jamie Carragher atau Steven Gerrard kedua-dua tidak bermain, lelaki dari Madrid ini akan mengambil tanggungjawab sebagai kapten Liverpool. Dan ia merupakan peranan penting, dan beliau mengambil dengan segala kebanggaan dan tugas menjaga gawang Reds sepanjang hayat yang adalah impian zaman kanak-kanak, lebih untuk menarik jika dengan lilitan kapten. Reina memahami kelab ini. Kopites akan berdoa untuk 253 penampilan lagi menjaga gawang Reds.

Langgan:
Catatan (Atom)