Rabu, 6 Jun 2012

Kuyt: Perpindahan tidak ada kaitan dengan ketibaan Rodgers

Dirk Kuyt menegaskan bahawa perlantikan Brendan Rodgers sebagai pengurus Liverpool tidak memainkan peranan dalam keputusan untuknya keluar dari kelab itu.

Pemain kebangsaan Belanda itu telah berpindah ke Fenerbahce dengan kontrak selama tiga tahun mengakhiri kerjasama yang bermula enam tahun lalu dengan kelab Merseyside. Dan beliau menegaskan ia adalah keinginannya untuk mencari cabaran baru, dan tidak ada kaitan dengan ketibaan Rodgers di Anfield.

"Selepas enam tahun, saya bersedia untuk mencari cabaran baru," kata Kuyt di laman web pengurusan, www.sport-promotion.nl.

"Kelab dan penyokong saya akan sentiasa berada di dalam hati saya. "Pelantikan jurulatih baru tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan perpindahan ini. Tetapi apabila Fenerbahce datang kepada saya dan membuat bidaan, dari saat pertama lagi saya telah bersetuju. Mereka memberikankan kembali keyakinan kepada saya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...