Jumaat, 22 Jun 2012
Reds mengejar prospek masa hadapan perancis
Liverpool dan Tottenham sedang berusaha untuk berentap dengan gergasi Serie A, Inter Milan dan juga Fiorentina untuk mendapatkan tandatangan pemain antarabangsa bawah 21 Perancis, Mbaye Niang.
Niang, yang kini bersama kelab Perancis, Caen, dijangka meninggalkan kelab musim panas ini berikutan penyingkiran pasukannya dari Ligue 1.
Pemain berusia 17 tahun itu telah menjaringkan lima gol untuk Caen sejak membuat penampilan pertama pada bulan April 2011 dan dijangka sebagai salah satu daripada prospek cerah pemain muda Perancis.
Dan France Football percaya Liverpool dan Tottenham, yang selangkah ke hadapan bagi mendapatkan pemain muda tersebut, perlu untuk melihat persaingan daripada Fiorentina dan Inter untuk mendapatkan pemain sasaran mereka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan