Sebastian Coates akhirnya menjaringkan gol pertamanya untuk Uruguay semasa kemenangan 4-2 mereka ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA menentang Peru di Montevideo.
Terdapat kekeliruan yang gol tersebut dijaringkan oleh Coates selepas tandukan bertenaganya ke arah gol pada minit ke-15 dan rakan sepasukan Liverpool, Luis Suarez seolah-olah membuat sentuhan bola.
Walau bagaimanapun, ulang tayang membuktikan sebaliknya dan pemain pertahanan itu telah dianugerahkan gol pertama antarabangsa.
Maximiliano Perriera telah memberi pendahuluan 2-0 kepada pasukan tuan rumah tetapi Uruguay ditambat semula sembilan minit kemudian apabila rakan pertahanan Coates, Diego Godin menjaringkan gol sendiri untuk menjadikan kedudukan 2-1.
Jose Guerrero menyamakan kedudukan jaringan untuk Peru tiga minit selepas rehat sebelum Diego Forlan terlepas peluang untuk memulihkan kelebihan Uruguay .
Keserasian pemain Liverpool jelas semasa mendapatkan gol ketiga permainan, apabila Coates menanduk bola sepakan percuma Suarez kepada penjaga gol dan Cristian Rodriguez memantulkan bola keluar semula.
Sebastian Eguren memastikan kemenangan 4-2 pada masa kecederaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan