Dries Mertens, pemain tengah Belgium telah memohon maaf kepada Gary Cahill selepas menyebabkan berakhirnya peluang Cahill untuk menyertai Euro 2012.
Cahill telah bertembung dengan penjaga gol England, Joe Hart yang di tolak oleh Mertens pada separuh pertama ketika kemenangan England 1-0 di Wembley, menyebabkan beliau meninggalkan padang kerana cedera.
Dan kemudian berita menyatakan bahawa tonggak pertahanan Chelsea itu telah patah rahang di dua tempat, memaksanya untuk menarik diri dari skuad Roy Hodgson.
Tetapi bintang PSV Eindhoven, Mertens telah menulis di Twitter untuk meminta maaf dan ingin Cahill pulih dengan segera.
"Saya memohon maaf di atas apa yang menimpa Cahill. Ketika saat genting seperti itu, anda seringkali tidak berfikir tentang akibatnya ..., "kata Mertens."...
Saya seringkali memikirkan tentang dirinya dan saya berharap dia segera pulih!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan