Isnin, 18 Jun 2012
Ramirez mungkin kekal dengan Bologna
Perancang Bologna, Gaston Ramirez akan kekal di kelab itu musim depan jika tiada tawaran yang sesuai tiba untuk pemain antarabangsa Uruguay itu musim panas ini.
Ramirez di laporkan adalah sasaran Manchester City, Inter Milan, Liverpool dan Wolfsburg.
Walau bagaimanapun, kelab Serie A itu masih belum menerima sebarang tawaran rasmi bagi pemain berusia 21 tahun itu, yang dilaporkan bernilai sekitar 25 juta euro.
"Buat masa ini masih tiada apa-apa berlaku,"kata pengarah sukan Bologna, Roberto Zanzi kepada www.tuttomercatoweb.com:.
"Kita tidak boleh lupa bahawa pemain itu mempunyai kontrak dengan kami dan kami mempunyai banyak kepercayaan kepadanya.
"Sesiapa yang mahukan beliau, perlu bercakap dengan kami terlebih dahulu."
Ramirez menyertai Bologna dari Penarol pada tahun 2010. Dia menjaringkan lapan gol dalam 33 penampilan musim lalu untuk membantu Rossoblu dengan penamat tempat kesembilan dalam Serie A.
Pemain berasal dari Amerika Selatan itu terikat dengan kontrak kelab sehingga Jun 2016.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan