Memaparkan catatan dengan label bologna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bologna. Papar semua catatan
Isnin, 18 Jun 2012
Ramirez mungkin kekal dengan Bologna
Perancang Bologna, Gaston Ramirez akan kekal di kelab itu musim depan jika tiada tawaran yang sesuai tiba untuk pemain antarabangsa Uruguay itu musim panas ini.
Ramirez di laporkan adalah sasaran Manchester City, Inter Milan, Liverpool dan Wolfsburg.
Walau bagaimanapun, kelab Serie A itu masih belum menerima sebarang tawaran rasmi bagi pemain berusia 21 tahun itu, yang dilaporkan bernilai sekitar 25 juta euro.
"Buat masa ini masih tiada apa-apa berlaku,"kata pengarah sukan Bologna, Roberto Zanzi kepada www.tuttomercatoweb.com:.
"Kita tidak boleh lupa bahawa pemain itu mempunyai kontrak dengan kami dan kami mempunyai banyak kepercayaan kepadanya.
"Sesiapa yang mahukan beliau, perlu bercakap dengan kami terlebih dahulu."
Ramirez menyertai Bologna dari Penarol pada tahun 2010. Dia menjaringkan lapan gol dalam 33 penampilan musim lalu untuk membantu Rossoblu dengan penamat tempat kesembilan dalam Serie A.
Pemain berasal dari Amerika Selatan itu terikat dengan kontrak kelab sehingga Jun 2016.
Jumaat, 11 Mei 2012
Liverpool menghampiri bintang Bologna
Liverpool mungkin telah bergerak satu langkah lebih dekat untuk menandatangani bintang Uruguay, Gaston Ramirez selepas ejennya mendedahkan mereka telah menerima tawaran daripada sebuah pasukan yang tidak didedahkan dari Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk pemain tengah Bologna tersebut.
Ramirez telah menjadi salah satu bintang bagi kelabnya dalam Serie A dan telah menarik minat dari Kenny Dalglish.
Pengurus Liverpool bersedia untuk membuat beberapa perubahan musim panas ini dan kuat mengatakan dia akan membuat satu langkah untuk pemain berusia 21 tahun itu.
Ramirez telah menjadi salah satu bintang bagi kelabnya dalam Serie A dan telah menarik minat dari Kenny Dalglish.
Pengurus Liverpool bersedia untuk membuat beberapa perubahan musim panas ini dan kuat mengatakan dia akan membuat satu langkah untuk pemain berusia 21 tahun itu.
Menurut TV stesen Itali, TMW, ejen Ramirez, Pablo Bentancur telah mengesahkan bahawa satu kelab Liga Perdana telah membuat tawaran untuk anak guamnya dan keputusan akan dibuat pada akhir musim ini.
Bentancur berkata: "Bologna telah menerima tawaran yang bernilai hampi 20 juta Euro daripada kelab yang penting dalam Liga Perdana.
"Bologna akan memutuskan pada akhir musim apa yang mereka akan lakukan."
Langgan:
Catatan (Atom)

