Isnin, 18 Jun 2012
Glen: Carroll gelisahkan pertahanan lawan
Glen Johnson hari ini menyokong Andy Carroll untuk terus 'membatu' England untuk kempen Euro 2012 berikutan persembahan meyakinkan dan gol yang membantu kemenangan ke atas Sweden England Jumaat lalu.
Penyerang Liverpool itu menunjukkan prestasi yang mengkagumkan dengan tandukan tajam yang tepat ke arah gol pada minit ke-23 untuk meletakkan Three Lions di hadapan semasa kemenangan 3-2.
England kini hanya memerlukan satu mata ketika menentang tuan rumah, Ukraine pada malam Selasa dan layak untuk ke peringkat kalah mati, dan Johnson percaya Carroll akan membuat peranan yang besar untuk bermain dalam baki kejohanan.
Pemain pertahanan itu berkata kepada Goal.com: "Saya yakin dengannya. Jelas sekali saya telah bekerja dengan beliau ketika di Liverpool dan sekarang, dan dia telah mendapat banyak kritikan yang tidak sepatutnya diberikan..
"Adalah sukar apabila anda pergi ke kelab baru. Sukar untuk menyesuaikan diri dengan pemain yang sedia ada, tetapi jelas dengan harga yang besar, orang akan menjangka sesuatu daripadanya untuk terus menjaringkan gol. Ia sentiasa tidak mudah, dan saya berpendapat bahawa kebelakangan ini dia telah bermain dengan baik di Liverpool dan dia merupakan salah satu pemain terbaik kami, itu mengapa dia di bawa masuk ke dalam skuad England.
"Selagi dia terus melakukan perkara-perkara seperti pada hari Jumaat (menentang Sweden), saya pasti beliau akan membuktikan bahawa banyak orang yang salah.
"Gol menentang Sweden boleh menjadi permulaan yang baik bagi dirinya. Apabila dia mendapat posisi yang betul, kami mempunyai Stevie (Gerrard) dan orang lain yang boleh menghantar bola yang baik, dan dia boleh menandingi sebarang pertahanan lawan, jadi saya fikir dia boleh terus bermain dan melakukan sesuatu dengan baik. "
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan