Selasa, 5 Jun 2012

Dirk: Terima Kasih atas sokongan anda

Dirk Kuyt hari ini mengakui beliau telah menerima banyak mesej sokongan daripada peminatnya di Liverpool sejak mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan Anfield. Penyerang Belanda yang popular itu, minggu ini mengumumkan beliau akan memulakan kerjaya baru di Turki dengan kelab Fenerbahce, membawa ke penghujung hubungannya dengan Reds.

"Selepas enam tahun, saya berasa saya perlukan satu perubahan dalam kerjaya saya, satu pengalaman baru, sebuah negara yang baru, orang baru di sekeliling saya, dan sebab itu saya membuat keputusan untuk keluar," katanya."Saya mempunyai masa yang hebat dan pasukan dengan rakan-rakan yang sangat hebat di kelab, peminat dan penyokong dari Liverpool - mesej teks, panggilan telefon, e-mel, dan semua tweets yang ditujukan kepada saya di akaun Twitter saya - ia sangat luar biasa bagaimana mereka menunjukkan rasa hormat kepada saya dan ia juga sedikit emosi apabila mereka mendoakan yang terbaik untuk masa depan saya dan mereka berkata bahawa mereka akan terasa dengan kehilangan saya..

"Dari satu sudut, ia adalah sentiasa sedih apabila anda meninggalkan sebuah kelab bola sepak selepas enam tahun berkhidmat. Tetapi, dari sudut lain, anda juga perlu melihat kepada masa depan dan saya berfikir Fenerbahce adalah 1 kelab yang besar, dengan penyokong yang hebat dan saya benar-benar memandang ke hadapan untuk mencari pengalaman baru.

"Kuyt juga mendedahkan beliau menolak peluang untuk berpindah ke Bundesliga dan mengambil keputusan meneruskan kerjayanya di Turki.

"Saya ada bercakap dengan Hamburg, ejen saya bercakap dengan wakil dari Hamburg, dan saya mempunyai keinginan ke kelab itu.

"Tetapi, pada hari-hari terakhir, perasaan saya mengatakan bahawa saya perlu ke Fenerbahce."Bagi saya, ia juga benar-benar penting untuk bermain di Eropah dan bermain di Liga Juara-Juara."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...