Memaparkan catatan dengan label cahill. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cahill. Papar semua catatan

Rabu, 6 Jun 2012

Bintang Belgium mohon maaf mengakibatkan kecederaan Cahill

Dries Mertens, pemain tengah Belgium telah memohon maaf kepada Gary Cahill selepas menyebabkan berakhirnya peluang Cahill untuk menyertai Euro 2012.

Cahill telah bertembung dengan penjaga gol England, Joe Hart yang di tolak oleh Mertens pada separuh pertama ketika kemenangan England 1-0 di Wembley, menyebabkan beliau meninggalkan padang kerana cedera.

Dan kemudian berita menyatakan bahawa tonggak pertahanan Chelsea itu telah patah rahang di dua tempat, memaksanya untuk menarik diri dari skuad Roy Hodgson.

Tetapi bintang PSV Eindhoven, Mertens telah menulis di Twitter untuk meminta maaf dan ingin Cahill pulih dengan segera.

"Saya memohon maaf di atas apa yang menimpa Cahill. Ketika saat genting seperti itu, anda seringkali tidak berfikir tentang akibatnya ..., "kata Mertens."...

Saya seringkali memikirkan tentang dirinya dan saya berharap dia segera pulih!"

Jumaat, 4 Mei 2012

Duo Chelsea terlepas perlawanan akhir

Duo pertahanan Chelsea, David Luiz dan Gary Cahill gagal untuk berlatih bersama skuad menjelang perlawanan akhir Piala FA esok dan oleh itu dijangka mereka tidak akan memulakan perlawanan menentang Liverpool esok.

Kedua-dua pertahanan tengah pasukan telah bergelut dengan kecederaan hamstring.

Walau bagaimanapun, kapten John Terry, yang digantung dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara di ALLIANZ Arena, boleh dan bersedia untuk pemilihan skuad utama Chelsea. Beliau kemungkinan besar akan berpasangan dengan Branislav Ivanovic di tengah-tengah bahagian pertahanan untuk perlawanan di Wembley.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...