Duo pertahanan Chelsea, David Luiz dan Gary Cahill gagal untuk berlatih bersama skuad menjelang perlawanan akhir Piala FA esok dan oleh itu dijangka mereka tidak akan memulakan perlawanan menentang Liverpool esok.
Kedua-dua pertahanan tengah pasukan telah bergelut dengan kecederaan hamstring.
Walau bagaimanapun, kapten John Terry, yang digantung dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara di ALLIANZ Arena, boleh dan bersedia untuk pemilihan skuad utama Chelsea. Beliau kemungkinan besar akan berpasangan dengan Branislav Ivanovic di tengah-tengah bahagian pertahanan untuk perlawanan di Wembley.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan