Pemain sasaran Liverpool dan Tottenham, Ibrahim Afellay mungkin boleh diperolehi dengan hanya £ 6 juta musim panas ini, menurut laporan di Sepanyol.
Bintang Barcelona yang terlepas enam bulan kerana kecederaan lutut ligamen yang dialami pada bulan September lalu, kini dikatakan bahawa Barca bersedia untuk membiarkan dia ke kelab lain.
Pada mulanya ramai menyangka bahawa Barca akan memberi satu tempoh pinjaman kepada kelab lain supaya pemain antarabangsa Belanda itu boleh mendapatkan semula kecergasannya, sebelum mempunyai peluang untuk kembali bersama pasukan utama Barcelona.
Tetapi laporan di Sepanyol telah mendedahkan bahawa kelab Catalan itu bersedia untuk menjual Afellay dengan hanya £ 6m.
Afellay, 26, adalah salah satu pemain tengah yang di nilai tinggi di Eropah apabila dia berpindah dari PSV ke Barcelona tahun lepas.
Sebelum berpindah ke Sepanyol, Tottenham dan Liverpool kedua-duanya telah menunjukkan minat kepadanya, sementara Arsenal juga telah dikaitkan dengan beliau pada masa yang sama.
Dan sekarang, kedua-dua kelab Liga Perdana boleh membuat langkah mereka untuk mendapatkan pemain tersebut dengan nilai pasaran yang begitu rendah, walaupun ia mungkin melonjak naik sekali lagi jika dia menunjukkan prestasi yang baik semasa mewakili Belanda di Euro 2012.
Source: TalkSport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan