Jumaat, 11 Mei 2012

Pemain yang Liverpool mahukan untuk berganding dengan Suarez

talkSPORT membuat sedikit sorotan mengenai prospek pemindahan musim panas ini, yang Liverpool perlukan untuk gandingan bersama Luis Suarez, pemain Barcelona, Cristian Tello. Liverpool berharap untuk membawanya keluar dari Nou Camp.

Nama: Cristian Tello HerreraTarikh lahir: 11/08/91Tempat Lahir: Sabadell, SepanyolPosisi: Penyerang / WingerKelab: BarcelonaPencapaian antarabangsa: Satu cap bersama Sepanyol bawah-23 , lima cap bersama Sepanyol bawah 21 dan satu gol.

BERITA TERKINI?

Pemain elektrik Sepanyol ini menonjolkan dirinya kepada dunia dengan dua gol yang hebat selepas keluar sebagai pengganti bersama juara bertahan, Barcelona menyingkirkan Bayern Leverkusen pada bulan Mac 2012. Pada masa yang same, Lionel Messi telah mencuri tajuk utama akhbar dengan lima gol yang luar biasa di dalam perlawanan yang sama, debut pemain Eropah, Tello tetap menarik banyak pihak. Liverpool telah disebut sebagai peminat terkuat pemain sayap  itu sebelum 2 gol menarik beliau lagi, tetapi dengan kontrak pemain berusia 20 tahun itu tamat pada musim panas ini, Liverpool kini menghadapi persaingan dari Arsenal untuk memperoleh tandatangan pemain itu.

ADAKAH ANDA TAHU?1) Walaupun hanya membuat lapan penampilan (majoriti sebagai pengganti) untuk Barca pada tahun 2011/12, debut musim Tello telah membantu lima gol yang mengagumkan.

2) Tello hanya produk terbaru akademi La Masia Barcelona. 

3) Tello mencatatkan nama sebagai penjaring dalam perlawanan terakhir La Liga Barcelona, kemenangan 5-3 ke atas Granada.

4) Super sub Barca itu memberi kesan segera pada penampilan sulung beliau untuk pasukan Sepanyol bawah-21 tahun. Ketinggalan dengan Mesir 1-0, pemain muda itu masuk ke dalam pergaduhan pada separuh masa. Permainan yang menakjubkan di bahagian sayap membantu La Roja mendapatkan gol penyamaan dan Tello telah dipuji kerana peranannya dalam kebangkitan semula 3-1 Sepanyol.

5) bintang Barca baru mempunyai tabiat menjaringkan gol pada debutnya dan juga sangat pantas. Selepas mendapat tempat untuk pasukan utama di La Liga semasa menentang Real Sociedad, beliau membuka jaringan hanya lapan minit selepas perlawanan bermula, dengan Blagurana mencatatkan kemenangan  2 - 1.

Dia berkata

"Ini adalah satu kejutan bagi saya. Saya berharap bos mempunyai keyakinan dengan saya. Dia memberitahu saya yang perlu saya meminta bola selagi saya mempunyai peluang menjaringkan gol. Dia memberitahu saya untuk menjadi diri saya. " Tello berkata selepas menjaringkan dua gol pada penampilan sulung Liga Juara-Juara, Mac 2012

Mereka berkata"Tello adalah pemain sayap yang tulen. Dia pantas seperti peluru. Beliau mempunyai masa depan yang besar. " pengurus Barcelona, Pep Guardiola"Ada panggilan dari England, Portugal, dari mana-mana, tetapi masih tidak jelas." ejen Tello, Jose Maria Orobtig, Mac 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...