Khamis, 31 Mei 2012

Jordan bakal gantikan Lampard di Euro

Liverpool berkemungkinan akan mempunyai lebih ramai pemain dalam skuad Euro England 2012 berbanding mana-mana kelab Liga Perdana Inggeris lain selepas Jordan Henderson telah dipanggil untuk menggantikan Frank Lampard yang cedera.

Kapten England bawah 21, Henderson telah berada dalam senarai bersiap sedia, dengan kecederaan paha yang dialami oleh Lampard ketika latihan bermakna dia kini akan menyertai Glen Johnson, Steven Gerrard, Stewart Downing dan Andy Carroll dalam skuad Roy Hodgson.

Satu kenyataan di laman web FA berbunyi: "pemain tengah Liverpool, Jordan Henderson akan dipanggil ke skuad kebangsaan - tertakluk kepada persetujuan daripada pasukan perubatan UEFA."

Manchester United mempunyai wakil pemain kedua terbanyak dalam skuad England dengan empat pemain.

England akan bertembung dengan Belgium untuk perlawanan persahabatan terakhir mereka hujung minggu ini sebelum memulakan kempen Euro menentang Perancis pada 11 Jun.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...