Isnin, 14 Mei 2012

Skrtel dinobatkan pemain terbaik Liverpool FC

Martin Skrtel hari ini di anugerahkan Pemain terbaik Liverpool Standard Chartered bagi musim 2011-12.




Pemain antarabangsa Slovakia, Martin Skrtel memenangi anugerah itu selepas peminat mengundi untuk pemain bintang mereka sepanjang kempen di laman web rasmi liverpoolfc.tv.

Skrtel dengan perastusan undi luar biasa sebanyak 44% daripada 66.937 undi.

Luis Suarez adalah naib juara dengan 33 peratus, manakala Daniel Agger meraih tempat ketiga selepas mengumpul empat peratus.

2011-12 merupakan musim Skrtel paling konsisten dengan jersi Liverpool, dengan pemain yang berusia 27 tahun ini sentiasa mengekalkan tempat untuk posis beliau, dan di kalangan pertahanan terbaik di Eropah.

Pemain yang memakai jersi 37  ini telah membuat sebanyak 45 penampilan dan membantu menjaringkan empat gol, termasuk gol penyamaan penting dalam kejayaan akhir Piala Carling keatas Cardiff City di Wembley pada bulan Februari.


Apabila diberikan anugerah di MelwoodSkrtel memberitahu Liverpoolfc.tv:"Ia satu perasaan yang hebat. Ia adalah anugerah besar di Liverpool yang pertama buat diri saya dan saya sangat gembira memperolehinya.

"Saya rasa ia adalah musim terbaik saya sejak saya datang ke Liverpool dan saya gembira dengan permainan saya., Saya berharap saya akan kekal dengan prestasi ini.

"Saya menjaringkan lebih banyak gol berbanding musim yang lepasdan saya juga berfikir cara saya bermain lebih baik berbanding tahun-tahun yang lepas.

"Jutaan terima kasih kepada semua yang mengundi sayaSaya akan cuba untuk melakukan musim terbaik saya yang seterusnya dan kita akan lihat bagaimana saya melakukannya."



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...