Sabtu, 5 Mei 2012

Stevie: Kami akan kembali

Steven Gerrard malam ini mencerminkan kekalahan 2-1 Piala FA kepada Chelsea dan menegaskan Liverpool akan menyalahkan diri mereka dan menerima cabaran seterusnya dengan lebih bersemangat.




The Reds ketinggalan dua gol lima minit selepas bermula separuh masa pertama di Wembley; bagaimanapun, mereka berjaya untuk mengurangkan defisit melalui gol pemain gantian Andy Carroll dan mempamerkan skil untuk cuba mendapatkan gol penyamaan dan bermain masa tambahan.

Selepas itu, Gerrard berikrar bahawa pasukan komited untuk datang kembali ke final tahun depan.

"Kita patut menyalahkan diri kita dan kita perlu memberi respons kepada cabaran tahun depan,"kapten memberitahu Liverpoolfc.tv. "Kita perlu kembali. Bola sepak ada kalanya tinggi dan rendah, ia sudah tentu menjadi hari ini yang rendah.

"Kami telah menunujukkan prestasi hebat di pertandingan piala tahun ini dan pemain berhak banyak diberi kredit untuk itu. Kami masih belum cukup baik dalam liga tahun ini dan kami berhak dikritik dan kita perlu menerima kritikan sebagai pemain bola.

"Kami perlu melakukan lebih baik. Kami pemain Kelab Bola Sepak Liverpool; kami tidak sepatutnya berada di tangga ketujuh atau kelapan dalam liga. Kami seharusnya lebih baik daripada itu."

Gerrard percaya dia dan rakan sepasukan telah melakukan yang terbaik dalam tempoh 90 minit untuk mengheret perlawanan ke masa menentang Chelsea yang telah berjaya mendahului dua gol ke atas The Reds selepas 51 minit permainan dalam perlawanan akhir.

"Saya fikir mengenai prestasi separuh kedua kami, kami berhak untuk membawa Chelsea ke masa tambahan," katanya. "Tetapi saya tidak fikir ianya cukup dengan tempoh 90 minit untuk kami berhak memenangi permainan. Saya fikir,kami memberi tekanan yang cukup kepada mereka pada separuh masa yang kedua, kami agak kecewa kerana tidak bermain di masa tambahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...