Liverpool dapat membalas dendam atas kekalahan perlawanan akhir Piala FA Sabtu lalu dengan kemenangan yang besar ke atas Chelsea, yang menamatkan terus harapan Blues mengejar posisi keempat liga.
Chelsea terus menerus diserang dan ketinggalan apabila Michael Essien membuat jaringan sendiri dari bola hantaran lintang Luis Suarez.
Gol Jordan Henderson dan Daniel Agger membuat kedudukan menjadi 3-0, tetapi Stewart Downing terlepas penalti sebelum separuh masa.
Ramires menyumbat gol untuk merapatkan kedudukan tetapi kesilapan Ross Turnbull membenarkan Jonjo Shelvey untuk membuat sepakan dan satu aksi menarik yang luar biasa.
Keputusan tersebut mengagumkan prestasi Liverpool dilaman sendiri musim ini, yang telah mereka memenangi hanya enam perlawanan, manakala mereka membuat jaringan dilaman sendiri yang paling rendah, dengan 24 gol, empat daripadanya mereka dijaringkan dalam perlawanan ini.
Permainan tersebut tidak jauh berbeza dari pertandingan yang disertai kedua dua pasukan Sabtu lalu.
Di Wembley, Chelsea cekap dan banyak mengawal bola tetapi di sini mereka berbeza, terutamanya pada separuh pertama, manakala Liverpool telah berubah dari persembahan tempoh hari, dengan banyak sepakan lemah dan tidak menepati sasaran semasa beraksi di stadium Wembley.
Ia adalah satu pasukan yang amat berbeza untuk Blues, dengan pemain seperti Ashley Cole, Juan Mata dan Frank Lampard di bangku simpanan dan penjaga gol Petr Cech dan Didier Drogba ditinggalkan, dalam petunjuk yang jelas bahawa pengurus Roberto di Matteo percaya laluan yang lebih realistik kepada Liga Juara-Juara musim bola sepak depan adalah dengan kemenangan menentang Bayern Munich pada perlawanan akhir di Munich pada 19 Mei. Ini adalah satu-satunya cara mereka untuk layak.
Tetapi ini bukanlah alasan untuk persembahan hambar mereka, terutamanya sebagai permulaan yang masih mengandungi lapan pemain antarabangsa. Tambahan pula, boleh dikatakan pemain terburuk mereka adalah kapten dan pertahanan utama mereka, John Terry, yang tiga kali diperdaya pada separuh pertama dan sebahagiannya bertanggungjawab untuk gol pertama dan kedua Liverpool.
Sejurus selepas pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic membuat tandukan yang terkena palan semasa sepakan sudut, pemain antarabangsa England itu mudah diperdaya oleh Suarez di sebelah kanan kotak penalti, sebelum dia membawa bola semula dan memaksa Essien membuat jaringan sendiri.
Enam minit kemudian, Terry tergelincir, membenarkan Henderson untuk melepasinya dan membuat rembatan melepasi Ross Turnbull.
Prestasi Liverpool bertambah baik dengan ketara berbanding pada hari Sabtu lalu berikutan kemasukan pemain gantian Carroll, yang menjaringkan gol di Wembley dan beberapa inci dari gol penyamaan, dan beliau memainkan peranan di sini dari awal permainan, memberi tandukan kembali dari sudut yang membenarkan Agger menjaringkan masuk gol yang ketiga.
Ia boleh menjadi separuh masa pertama yang buruk bagi The Blues jika Downing tidak dua kali terkena palang, dengan sepakan deras dari jarak 20 meter yang terkena bar dan, apabila bola terkena tiang semasa mengambil sepakan penalti, selepas Ivanovic telah menyejat Carroll dengan siku di dalam kotak penalti.
Bekas penyerang Liverpool, Fernando Torres, yang memulakan permainan, lemah sepanjang malam tersebut, dengan satu ketika apabila dia berjaya memintas Agger, dengan satu sentuhan yang hebat dan melepaskan sepakan terkena palang.
Di Matteo telah melakukan kerja yang luar biasa untuk menyelamatkan begitu banyak dari perlawanan sebelumnya, "projek" Andre Villas-Boas, tetapi ini seperti mereka telah hilang punca, walaupun Ramires berjaya untuk mengurangkan defisit gol pada awal separuh masa kedua.
Segala galanya berakhir buat Chelsea selepas 1 jam perlawanan, apabila bola sepakan turnbull pergi ke arah Shelvey dan dia melepaskan 1 sepakan deras dari jarak 30 meter terus ke dalam gawang Chelsea.
Pepe Reina menunjukkan prestasi yang baik, apabila menyelamatkan bola dari pemain gantian apabila tandukan Romelu Lukaku menepati sasaran, menafikan Chelsea untuk mendapat gol saguhati kedua mereka, yang kini akan beralih fokus mereka kepada tarikh menentang Bayern.
Sumber: BBC Sport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan