Rabu, 16 Mei 2012

4 pemain Liverpool dalam skuad England

Empat pemain Liverpool telah dinamakan dalam skuad England untuk Kejohanan Eropah musim panas ini.

Steven Gerrard, Glen Johnson, Stewart Downing dan Andy Carroll telah dipanggil oleh pengurus Roy Hodgson untuk perlawanan di Ukraine dan Poland, bulan depanPemain tengah Jordan Henderson akan bersiap sedia untuk panggilan kecemasan.

The Three Lions akan memanaskan badan untuk persiapan terakhir dengan perlawanan persahabatan menentang Norway di Oslo pada 26 Mei sebelum menentang Belgium di Wembley pada 2 Jun.

Sepak mula England untuk Euro 2012 mereka menentang Perancis di Donetsk pada hari Isnin, 11 Jun.

Hodgson juga akan menentang Sweden dan tuan rumah Ukraine dalam Kumpulan D.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...