Sabtu, 19 Mei 2012

Dia akan bimbangkan pertahanan Euro

Penyerang Liverpool ini telah dinamakan dalam skuad pengurus Roy Hodgson awal minggu lalu untuk kejohanan di Ukraine dan Poland berikutan prestasi memberansangkan dipenghujung musim 2011-12.

Dan salah seorang daripada pertahanan hebat yang pernah mewakili Reds menganggap pertahanan lawan akan risau untuk mengawal Carroll pada masa ini.

Hansen berkata: "Roy perlu menonton perlawanan akhir Piala FA dan perlawanan menentang Chelsea baru-baru ini di televisyen dan Andy seorang yang sangat bagus.

"Saya tidak mahu menentang Andy Carroll kerana apabila bola masuk ke dalam kotak, dia akan menang.

"Bukan sahaja dia akan menang, dia akan membuat pertahanan agar tidak selesa untuk pertahanan dan mereka akan mula membuat kesilapan dan kita dapat melihatnya  baru-baru ini"

Hansen menambah: "Andy Carroll menentang Chelsea di Anfield sungguh hebat, kerana dia adalah dia semasa perlawanan Piala akhir tempoh hari.

"Semua orang melihat Andy menjadi dominan di udara apabila bola datang ke dalam kotak dan dalam enam perlawanan terakhir, anda tidak mahu bermain menentangnya, itu yang pasti."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...