Laman web rasmi Gremio FC melaporkan bahawa Fabio Aurelio telah bersetuju dengan perjanjian bersama pasukan Brazil itu.
Dengan kontrak pemain Brazil itu di Anfield tamat tempohnya, pertahanan kiri itu telah bersetuju menamatkan kerjaya sebagai pemain Liverpool.
Satu kenyataan di laman web Gremio berkata: "Gremio mengesahkan perjanjian dengan Fabio Aurelio Rodrigues dengan kontrak pemain dilanjutkan hingga 31 Disember, 2013..
"Pemain yang membesar bersama Sao Paulo, menyertai Liverpool di England sejak 2006 dan juga pernah berkhidmat selama enam tahun di Valencia, Sepanyol."
Aurelio menjadi pemain Brazil yang pertama untuk menandatangani kerjasama sebagai pemain The Reds pada Julai 2006 apabila beliau menyertai Liverpool ketika bersama Bosman.
Dia pernah membuat 134 penampilan bersama The Reds, menjaringkan enam gol termasuk gol yang tidak akan dilupakan, sepakan percuma semasa menang menentang Manchester United 4-1 di Old Trafford
Penampilan terakhir beliau dalam bersama The Reds adalah menentang Fulham di Anfield pada 1 Mei lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan