Jumaat, 25 Mei 2012

Carroll di jangka ketuai jentera serangan England


Andy Carroll di beri peluang untuk membuat penampilan sensasi bersama skuad England, yang mungkin akan menentukan nasibnya bersama skuad England untuk mengetuai serangan England dalam perlawanan Euro 2012 dalam perlawanan mereka menentang Norway esok.

Penyerang Liverpool itu telah banyak dikritik untuk jumlah gol yang sederhana bagi musim ini bersama Liverpool, tetapi prestasi yang mengagumkan di penghujung musim yang ditunjukkan, memberinya peluang bagi tempat kemungkinan dalam skuad Roy Hodgson, dengan Danny Welbeck bergelut dengan kecederaan buku lali, dia akan membuat permulaan pada Sabtu ini dalam perlawanan persahabatan di Oslo.

Penyerang muda Manchester United, Welbeck dipercayai sebagai pilihan Hodgson untuk membantu Wayne Rooney, yang akan akan digantung untuk 2 perlawanan pertama Kejohanan Eropah musim panas ini, tetapi kebimbangan tentang kecergasan pemain berusia 21 tahun itu, memberikan peluang kepada Carroll untuk memastikan tempat beliau untuk kesebelasan utama menentang Perancis pada 9 Jun.

Welbeck telah gagal untuk pulih daripada kecederaan buku lali yang beliau alami ketika dicabar pemain dari Manchester City, Nigel de Jong pada 30 April lalu, dan pemain United ini tidak berlatih dengan seluruh skuad England semasa sesi latihan semalam.


FA akan terus memantau kecergasan Welbeck dan jika beliau tidak hadir pada hari Rabu ini, ianya adalah sebagai langkah 'berjaga-jaga'.

Scott Parker dan Steven Gerrard kedua-duanya mengambil bahagian dalam latihan, walaupun menamatkan musim lalu dengan kecederaan.

Glen Johnson, yang dalam diragui cedera untuk perlawanan Norway pada hari Sabtu, telah meninggalkan latihan England awal hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...