Agger cuba mengurangkan kekecewaan perlawanan akhir Liverpool dalam piala FA.
Kekalahan 2-1 Reds kepada Chelsea pada perlawanan akhir Piala FA Sabtu lalu telah meninggalkan parut kepada pertahanan antarabangsa Denmark ini, tetapi bertekad untuk bangkit semula dengan perlawanan akhir musim yang lebih kukuh untuk musim Liga Perdana Inggeris akan datang.
Kekalahan dramatik The Reds 2-1 menentang Chelsea, sangat berbeza dengan kemenangan Piala Liga mereka menentang Cardiff pada bulan Februari lalu, dan Agger masih cuba datang untuk menerima kekalahan.
"Tidak banyak lagi untuk diperkatakan sekarang. Kami semua begitu kecewa.Tiada siapa yang suka untuk menjadi yang pasukan yang tewas," katanya kepada laman web rasmi kelab itu.
"Kami mempunyai dua perlawanan yang tinggal dalam musim ini dan kami berpeluang untuk mencuba dan menang. Itu akan membuatkan kita akan mula bergerak kehadapan. Ia adalah sukar untuk berfikir tentang apa-apa lagi sekarang."
Dua perlawanan terakhir Liverpool, yang pertama akan menentang musuh yang telah memusnahkan impian Liverpool untuk mendakap piala kedua musim ini, Chelsea pada malam Selasa, memberi peluang kepada pemain berusia 27 ini untuk membalas dendam.
Prestasi suram pasukannya dalam liga, bagaimanapun, telah meninggalkan mereka di tempat kesembilan, dengan perlawanan ulangan menentang Blues, tetapi Agger percaya bahawa pemain Kenny Dalglish boleh mencabar liga dengan lebih serius musim depan.
"Bolehkah kita mencabar pasukan teratas musim depan? Ya, sudah tentu. Kami telah mara ke hadapan dengan banyak musim ini tetapi sekarang perasaan hanya saya hanya kecewa," katanya lagi.
"Apabila anda masuk ke perlawanan akhir Piala FA, anda benar-benar mahu menang.Tiada siapa pernah mahu menjadi naib juara."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan