Steven Gerrard hari ini mendedahkan betapa dia berasa bangga selepas dinamakan sebagai kapten England oleh Roy Hodgson.
Bekas pengurus Liverpool itu telah melantik Gerrard untuk memimpin Three Lions sepanjang Euro 2012 musim panas ini - dan pemain tengah kelab Anfield ini menegaskan dia akan melakukan semua yang dia mampu bagi membantu negara mencapai kejayaan di EURO.
"Sepanjang kerjaya saya, sejak saya muda lagi, banyak orang telah berkata bahawa mungkin satu hari nanti, saya akan mendapat lilitan kapten England," katanya.
"Ayah saya pernah berkata untuk jangka masa yang panjang bahawa dia gembira jika saya menjadi kapten England, jadi ia bagus untuk membuat keluarga saya merasa bangga dan mereka gembira dengan keadaan ini.
"Saya tidak pernah yakin yang saya akan mengetuai England kerana di bawah Steve McClaren dan Capello, nama saya sentiasa di bawah nama orang lain.
"Jadi ia seperti sesuatu yang telah lama datang dan sekarang saya akan memberikan khidmat yang terbaik."
England akan berdepan 2 perlawanan persahabatan menentang Norway dan Belgium sebelum memulakan kempen Euro 2012 menentang Perancis pada 11 Jun.
Walaupun ketibaan lewat pengurus baru, Gerrard menegaskan bahawa England masih boleh menangani masalah itu musim panas ini.
"Lihat sahaja pasukan Chelsea," katanya. "Mereka bukan pasukan terbaik di atas kertas. Mereka bukan pasukan pilihan menentang Barcelona, tetapi mereka kini bergelar juara Eropah dan mereka wajar mendapat semua itu.
"Jadi ada kemungkinan apabila menyertai perlawanan besar dalam bola sepak, pasukan yang tidak menjadi kegemaran boleh menang.
"Ini peluang untuk pergi jauh dengan skuad pemain yang mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan besar dengan impian sebagai pendorong semangat mereka.
"Walaupun saya telah melalui banyak kekecewaan dan masa mengecewakan sebagai pemain antarabangsa, mentaliti saya mungkin akan datang kembali sebagai seorang wira disana saya akan kembali mendapat semangat. Itulah buzz."
Tetapi satu perkara Gerrard tidak akan lakukan menjelang Euro 2012 adalah berjanji untuk mendapatkan apa-apa.
"Biasanya mengikut pengalaman, saya telah pergi ke kejohanan yang mana sentiasa generasi emas yang akan menang kejohanan tersebut, kita akan cuba berbuat demikian," katanya.
"Kami cuba mendapatkan dua atau tiga keputusan yang baik dan selepas itu negara akan terbawa-bawa dengan keyakinan dan juga pemain mula percaya dengan diri sendiri. Mungkin kita pergi ke kejohanan dengan percaya bahawa kita lebih baik daripada diri kita sendiri.
"Mungkin dalam dua atau tiga kejohanan yang lepas, sebagai satu kumpulan pemain, kami mungkin fikir kita lebih baik daripada apa yang kita ada.
"Kadang-kadang kita fikir kita hanya berbangga dengan England kerana kami mempunyai banyak pemain utama. Tetapi kita tidak melakukan, kita tidak menghabiskan dan kita tidak menjadi juara."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan