Rabu, 30 Mei 2012

Reds dan Porto bertarung untuk penyerang Colombia

Liverpool perlu berhadapan dengan Porto untuk mendapatkan tandatangan penyerang antarabangsa Colombia yang di nilai tinggi, Jackson Martinez.

Martinez dinilai sebagai salah seorang daripada pemain paling hangat di Amerika Selatan dan telah dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield.

Martinez mempunyai rekod prolifik bagi pihak kelab Jaguares De Chiapas dan mereka sudah bersedia untuk mengambil kesempatan dengan aset bintang mereka.

Tetapi, laporan di akhbar Portugis, Record bahawa Porto juga membuat gerakan untuk mendapatkan tandatangan pemain ini dan mereka berharap untuk memuktamadkan perjanjian dalam masa beberapa minggu akan datang.

Source: TalkSport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...