Liverpool adalah salah satu kelab yang berminat untuk menandatangani penyerang prolifik FC Twente, Luuk De Jong, menurut ejen pemain tersebut.
De Jong, 21, telah membuat pasukan gergasi eropah terpukau dengan pemain serangan Twente musim ini, menjaringkan 23 gol dalam 23 perlawanan liga untuk pasukan Steve McClaren.
Tetapi dengan Twente bergelut untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan, De Jong mungkin akan menamatkan perjanjian tiga tahun dengan kelab, mencari cabaran baru di luar negara.
Pemain antarabangsa Belanda ini telah menyatakan sebelum ini keinginan untuk bermain dalam Liga Perdana dan ejennya Luis Laros kini telah menamakan Liverpool sebagai salah satu kelab yang berminat dengan dia, tetapi juga menegaskan bahawa banyak kelab yang meminati beliau .
"Liverpool mengikuti perkembangan Luuk dengan rapat. Begitu juga dengan 15 kelab lain," Laros memberitahu International Voetbal "Tiga kelab besar yang telah layak untuk permulaan Liga Juara-Juara telah memberitahu kami bahawa mereka bersedia untuk membuka rundingan dengan Twente.
"Kami akan memastikan mata dan telinga kita sentiasa terbuka dalam beberapa minggu akan datang. Luuk berasa amat baik di Twente, tetapi jika kelab itu gagal untuk melayakkan diri ke Eropah, bermain disini adalah pilihan yang kurang menarik."
Everton dan Newcastle telah dicadangkan sebagai destinasi berpotensi untuk De Jong pada masa lalu, manakala Borussia Monchengladbach baru-baru ini telah muncul sebagai calon untuk mendapatkannya.
Sumber: Soccernet
Tiada ulasan:
Catat Ulasan