Glen Johnson tidak akan melepaskan pingat dati pandangan jika Liverpool berjaya mengatasi Chelsea dalam perlawanan akhir Piala FA Sabtu ini
Kali terakhir beliau memenangi Piala FA, pingat beliau telah dicuri.
Pemain pertahanan kanan ini adalah sebahagian daripada pasukan Portsmouth yang mengatasi Cardiff, 1-0 pada tahun 2008 dalam perlawanan akhir piala FA.
Beliau menggambarkan ia sebagai salah satu hari terbaik dalam bola sepak bagi dirinya, tetapi ia adalah satu hari yang telah dicemari oleh pencuri.
"Saya masih ingat segala-galanya," Johnson memberitahu Liverpoolfc.tv. "Itulah apa yang anda perlu lalui, bermain bola sepak untuk memenangi trofi. Jadi ia satu kenangan yang besar..
"Adalah sukar untuk menerangkan bagaimana ia merasa berjalan keluar di Wembley dengan kejayaan, tetapi itu adalah saat-saat hasil daripada kerja keras anda, bekerja hari ke hari untuk mencapai kejayaan tersebut.
"Ia hebat untuk melihat persaingan antara kedua-dua peminat pasukan, mereka teruja pada siang hari yang terbawa kepada malamnya. Suasanan yang cukup hebat.
"Tetapi ya, pingat saya dan Jamie Ashdown telah dicuri.
"Selepas perlawanan akhir, kelab telah menempah makan malam untuk semua orang dan semua telah keluar. Apabila kami kembali ke hotel sebelum makan, kami letak pingat kami di dalam bilik, dan saya menyembunyikan pingat di dalam beg, dalam beg yang lain, selepas kami kembali dan saya bangun keesokan harinya, ia telah tiada.
"Syukurlah, mereka membuatkan kami satu lagi pingat lain. Dan ianya kini berada di tempat yang selamat!"
Johnson bermain untuk Chelsea antara tahun 2003 hingga 2007, tetapi dia mendakwa tidak akan berasa emosi walaupun bersaing dengan bekas majikan beliau.
"Ia tidak menambah emosi tambahan untuk saya," kata Johnson. "Saya mengambil perlawanan ini sama seperti permainan lain, tetapi ia adalah perlawanan yang besar.
"Ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar. Mana-mana permainan dalam perlawanan akhir, anda tahu ia akan menentang pasukan yang baik kerana semua orang bersemangat dalam perlawanan itu. Kami menjangkakan permainan yang sukar.
"Ia hebat untuk kelab itu dalam satu lagi perlawanan akhir dan kita akan melihat dan cuba untuk mendapatkan trofi lain."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan