Ibrahimovich mencuri tumpuan media seluruh dunia semalam, dengan 4 jaringan yang membantu Sweden membenam cabaran England, di laman sendiri.
Bukan sahaja dengan 4 gol yang di jaringkan, malam tersebut amat bermakna buat dirinya dengan 1 jaringan jarak jauh dengan volley yang sangat menakjubkan, menewaskan penjaga gol England pada minit-minit terakhir perlawanan.
Walaupun berada di penghujung karier, dan kini bersama kelab kaya raya, PSG, Ibrahimovich masih mampu menandingi pemain-pemain muda England yang sedang meningkat naik seperti Raheem Sterling, Danny Welbeck dan Tom Cleverly.
Gol pembukaan pada minit ke-20 perlawanan membuat pasukan tuan rumah berada di landasan yang betul. Walaubagaimanapun, England memintas kedudukan dengan 2 gol pantas pada minit ke 35 dan ke-38 menerusi Danny Welbeck dan Steven Caulker.
Kedudukan kekal ke lewat babak kedua, dengan Ibrahimovich menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 78, memintas kedudukan selaku pendahulu pada minit ke 84 dan menjaringkan gol ke 4 beliau dengan jaringan menarik pada minit ke 91 perlawanan.
Manakala 1 lagi perlawanan persahabatan antara Brazil dan Colombia berakhir seri 1-1, dengan jaringan oleh Neymar pada minit ke 63, setelah ketinggalan dengan jaringan pemain Colombia, J Cuadrdado
Memaparkan catatan dengan label psg. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label psg. Papar semua catatan
Rabu, 14 November 2012
Selasa, 19 Jun 2012
Napoli sertai saingan dapatkan sasaran Reds
Napoli turut mengejar pemain sasaran Manchester United dan Liverpool, Ricky van Wolfswinkel untuk mendapatkan khidmatnya.
Kelab Serie A itu akan menjual Ezequiel Lavezzi kepada PSG tetapi van Wolfswinkel tidak dianggap sebagai pengganti Lavezzi secara langsung kerana beliau adalah penyerang hadapan dan Napoli berminat untuk mendapatkan khidmat beliau untuk memadam duka kehilangan Lavezzi.
Kedudukannya adalah sebagai penyerang utama tetapi Napoli sedar keupayaannya untuk menyesuaikan diri bermain sebagai pemain tengah menyerang - dan mereka sedang mempertimbangkan langkah tersebut.
Penyerang Sporting Lisbon, van Wolfswinkel menjaringkan 20 gol dalam 28 penampilan dalam semua pertandingan musim ini dan persembahan beliau telah menarik minat kepada kelab-kelab di England.
Manchester United dan Liverpool kedua-duanya telah membuat pertanyaan tentang pemain Belanda tersebut, yang mempunyai kontrak sehingga 2016.
Kelab Portugis itu menandatangani van Wolfswinkel musim panas lalu tetapi menghadapi kesukaran untuk mengekalkannya selepas hanya satu musim, dengan Napoli telah berada di pasaran untuk menyerang bakat besar tersebut setelah kehilangan Lavezzi.
Labels:
lavezzi,
lisbon,
liverpool,
manchester,
napoli,
psg,
sporting,
united,
van,
wolfswinkel
Langgan:
Catatan (Atom)


