Memaparkan catatan dengan label sweden. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sweden. Papar semua catatan

Rabu, 14 November 2012

Sweden menentang England:4 Jaringan Ibrahimovich

Ibrahimovich mencuri tumpuan media seluruh dunia semalam, dengan 4 jaringan yang membantu Sweden membenam cabaran England, di laman sendiri.

Bukan sahaja dengan 4 gol yang di jaringkan, malam tersebut amat bermakna buat dirinya dengan 1 jaringan jarak jauh dengan volley yang sangat menakjubkan, menewaskan penjaga gol England pada minit-minit terakhir perlawanan.

Walaupun berada di penghujung karier, dan kini bersama kelab kaya raya, PSG, Ibrahimovich masih mampu menandingi pemain-pemain muda England yang sedang meningkat naik seperti Raheem Sterling, Danny Welbeck dan Tom Cleverly.

Gol pembukaan pada minit ke-20 perlawanan membuat pasukan tuan rumah berada di landasan yang betul. Walaubagaimanapun, England memintas kedudukan dengan 2 gol pantas pada minit ke 35 dan ke-38 menerusi Danny Welbeck dan Steven Caulker.

Kedudukan kekal ke lewat babak kedua, dengan Ibrahimovich menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 78, memintas kedudukan selaku pendahulu pada minit ke 84 dan menjaringkan gol ke 4 beliau dengan jaringan menarik pada minit ke 91 perlawanan.

Manakala 1 lagi perlawanan persahabatan antara Brazil dan Colombia berakhir seri 1-1, dengan jaringan oleh Neymar pada minit ke 63, setelah ketinggalan dengan jaringan pemain Colombia, J Cuadrdado

Rabu, 25 April 2012

Daily Mirror:Reds memantau Pemain Sweden


Liverpool telah bersedia untuk membawa sasaran musim panas, Rasmus Elmselepas menghantar skuad pemantau mereka untuk melihat pemain antarabangsa Sweden, menurut laporan.

Pemain tengah berusia 24 tahun telah menarik perhatian, bermain untuk pasukan Belanda AZ Alkmaar musim inimenjaringkan 12 gol bagi mereka musim ini - satu statistik yang telah membuatkan Liverpool berminat.

Seminggu sebelum dia selesaikan tugasnya di Anfield, pengarah bola sepak Liverpool, Damien Comolli dilaporkan menghantar pemerhati bakat, Steve Hitchen untuk menyusun laporan mengenai Elm.

Dilaporkan Comolli berlepas kesanadan Kenny Dalglish dikatakan berminat untuk membawa pemain Sweden yang dinilai sekitar £ 7million tersebut ke Merseyside.

Sumber: Daily Mirror

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...