Memaparkan catatan dengan label Rasmus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rasmus. Papar semua catatan

Selasa, 1 Mei 2012

Elm pemain terbaru Liverpool

Liverpool bersetuju dengan perjanjian perpindahan £8 juta untukk midfielder Sweden,  Rasmus Elm.


Pengurus, Kenny Dalglish berkunjung ke Belanda kelmarin untuk memantau buat kali terakhir bintang AZ Alkmaar tersebut, yang mempunyai 22 cap untuk negaranya.

Namun pemain itu diketepikan dari senarai pasukan di minit-minit akhir sebelum bertemu Feyenoord kerana isterinya dimasukkan ke wad bersalin.

Dalglish nyata kecewa kerana hajatnya itu tidak kesampaian namun ia tidak menghalang rombongan dari  Anfield itu untuk memuktamadkan perjanjian perpindahan pemain berusia 24 tahun itu ke Anfield dengan kontrak selama lima tahun bersama gaji mingguan £40,000 pada musim panas ini.

Namun difahamkan Elm dan ejennya, Patrick Mork telah pun bersetuju dengan terma peribadi sebelum kunjungan Dalglish.

Isnin, 30 April 2012

KD rancang ambil 2 pemain


Bos LiverpoolKenny Dalglish merancang pembelian £ 20million, untuk menyambar dua pemain Eredivisie, dengan cuba untuk membawa Luuk de Jong dan Rasmus Elm ke Anfield.

The Reds telah diberitahu mereka akan perlu membayar sekurang-kurangnya £12.5 million jika mereka serius mahukan pemain Belanda dan penyerang FC Twente, De Jong.

Berusia 21 tahun telah di perhati daripada beberapa kelab utama, menjaringkan 23 kali dalam 29 perlawanan liga musim ini.

Liverpool adalah salah satu kelab yang memantau kemajuan pemain iniKenny Dalglish masih mencari penjaring gol prolifik untuk bermain bersama Luis Suarez.

De Jong sesuai dengan profil pemain muda, The Reds berminat untuk membawa masuk dan dengan Dalglish ada £ 20m untuk pemindahan musim panas,mereka mampu untuk memadankan penilaian Twente.




Dan bos Kop, Dalglish di Holland pada hari Ahad untuk menonton satu lagi sasaran, kira-kira £8m-, pemain tengah AZ Alkmaar, Elm.

Pemain kelahiran Sweden, 24, telah dikenal pasti sebagai berpotensi menandatangani perjanjian, pengarah bola sepak Liverpool, Damien Comolli tetapi terdapat juga kelab yang berminat dari Sepanyol dan Itali.

Rabu, 25 April 2012

Daily Mirror:Reds memantau Pemain Sweden


Liverpool telah bersedia untuk membawa sasaran musim panas, Rasmus Elmselepas menghantar skuad pemantau mereka untuk melihat pemain antarabangsa Sweden, menurut laporan.

Pemain tengah berusia 24 tahun telah menarik perhatian, bermain untuk pasukan Belanda AZ Alkmaar musim inimenjaringkan 12 gol bagi mereka musim ini - satu statistik yang telah membuatkan Liverpool berminat.

Seminggu sebelum dia selesaikan tugasnya di Anfield, pengarah bola sepak Liverpool, Damien Comolli dilaporkan menghantar pemerhati bakat, Steve Hitchen untuk menyusun laporan mengenai Elm.

Dilaporkan Comolli berlepas kesanadan Kenny Dalglish dikatakan berminat untuk membawa pemain Sweden yang dinilai sekitar £ 7million tersebut ke Merseyside.

Sumber: Daily Mirror

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...