Memaparkan catatan dengan label shelvey. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label shelvey. Papar semua catatan

Selasa, 26 Februari 2013

Happy 21st!!! Jonjo

Jonjo Shelvey, kapten kebangsaan England bawah 21 menyambut ulangtahun ke 21 hari ini.

Tahniah di ucapkan kepada pemain muda berbakat besar ini yang dapat meloloskan diri ke pasukan utama Liverpool di usia muda lagi

Masih panjang perjanan beliau dan banyak lagi yang boleh di asah dalam diri pemain ini untuk menjadikannya setanding pemain pemain hebat lain di Liverpool

Walaupun baru mencecah usia 21 tahun, Jonjo telah kerap kali di turunkan sebagai kesebelasan utama, terutama semasa era King Kenny memegang tampuk pengurusan Liverpool

Beliau merupakan seorang pemain yang sangat komited kepada pasukan, dan mempunyai kelebihan dalam memberi hantaran jauh kepada rakan sepasukan.

Semoga beliau terus berjaya bersama Reds, dan memberikan sumbangan yang amat berharga kepada pasukan ini,,



Happy Birthday Jonjo, YNWA!!!

Sabtu, 13 Oktober 2012

Debut Jonjo Shelvey bersama skuad senior England

Jonjo Shelvey membuat penampilan pertama bersama skuad utama England pada minit ke 66 ketika membantu England membelasah San Marino 5-0 di Wembley.(kelayakan piala dunia)

Jonjo, memakai jersi no.17 England masuk menggantikan Michael Carrick pada separuh masa kedua, sekaligus menandakan debut pertamanya bersama skuad utama England dengan memberikan beberapa sentuhan menakjubkan di bahagian posisi tengah.

Rakan sepasukan Liverpool, SG dan Glen Johnson tidak bermain dalam permainan tersebut akibat penggantungan.

Sementara itu, Joe Allen yang bermain untuk pasukan kebangsaan Wales, memberikan impak berkesan selama 90 minit bagi membantu pasukannya memenangi perlawanan 2-1 setelah ketinggalan 0-1 ketika menentang Scotland.(kelayakan piala dunia)

Pemain jersi no.24 Liverpool itu merukan pemain penting membantu kemenangan, yang mana kedua-dua gol di jaringkan oleh pemain tottenham, Gareth Bales.

Luis Suarez LS7 bermain penuh semasa kekalahan Uruguay kepada Argentina 3-0 ( Lionel messi-2, Arguero-1. Sebastian Coates hanya berada di bangku simpanan sepanjang 90 minit

Daniel Agger mengetuai cabaran pasukan kebangsaan Denmark semasa menentang Bulgaria dengan keputusan berakhir seri 1-1

Nuri Sahin tidak dapat menyumbang banyak ketika pasukan kebangsaan Turki tewas 0-1 kepada Romania dengan pemain no 4 Liverpool tersebut masuk pada minit ke 81 permainan.

Martin Skrtel bermain selama 87 minit ketika kemenangan 2-1 Slovakia ke atas Latvia. Pemain no 37 Liverpool ini terpaksa meninggalkan padang selepas terdapat sedikit pertembungan di atas padang(kelayakan piala dunia)

Pepe Reina berada di bangku simpanan ketika Spain mengukir kemenangan 4-0 ke atas Belarus

Isnin, 30 April 2012

Shelvey: Maaf terlepas jaringan





Jonjo Shelvey menggunakan Twitter untuk memohon maaf kerana tidak menjaringkan semasa menentang Norwich.

Itu yang dikemukakan pemain berusia 20 tahun semasa menunjukkan permainan yang hebat, menang 3-0 tetapi tidak mengambil peluang untuk menambah jaringan kedua bagi dirinya untuk Liverpool, dari jarak dekat.

Selepas dia tweet tentang perkara itu dan mendapat jawapan yang cepat dari rakan sepasukan, Lucas Leiva.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...