Sabtu, 2 Mac 2013

Luis, Hat-trick hero!!!

Perlawanan sebentar tadi menentang Wigan Athletic, merupakan perlawanan sempurna untuk menunjukkan kebangkitan dan penguasaan Liverpool sepenuhnya.

Begitulah cara permainan yang perlu di tunjukkan pasukan Liverpool jika bercita cita mengejar top 4 dan mencabar kejuaraan liga musim hadapan

walaupun peluang gol( Goal attempt) kurang berbanding pasukan tuan rumah, tetapi setiap peluang di sempurnakan dengan cemerlang dan sempurna

Di bahagian benteng pertahanan pula, Pepe Reina menunjukkan aksi yang sangat bertenaga, dengan menepis banyak bola yang menepati sasaran ke gawang Liverpool

Aksi sempurna ini lebih bermakna dengan hat-trick penjaring terbanyak kelab, dan juga liga setakat ini, Luis Suarez yang memintas pendahulu penjaring terbanyak sebelum ini, RVP. Suarez menjulang namanya dengan gol pertama beliau dalam perlawanan tersebut setelah pemain baru berusia 20 tahun, Coutinho bijak memperdaya lawan dan memberi bola mengelirukan kepada Suarez.

Suarez bertindak bijak menghalakan bola ke kawasan sempit dan menjaringkan gol kedua Liverpool

Gol ketiga Liverpool pula datang dari sepakan percuma yang sedikit terkena pemain lawan, dan berjaya menewaskan penjaga gol, Al Habsi di penjuru kiri gawang.

Manakalo gol ke-4 Liverpool, gerakan solo Glen Johnson memperdaya 3 - 4 pemain lawan dan melorongkan bola terus ke kaki Suarez, dan dengan mudah LS7 sekali lagi menewaskan penjaga gol dengan melorongkan bola di celah kangkang penjaga gol

Gol pertama Liverpool hadir dengan penuh bergaya hantaran lintang klasik sekali lagi daripada Philippe Coutinho, memperdaya beberapa lawan sebelum membuat hantaran silang di hadapan pintu gol, dan Downing berjaya menewaskan pemain lawan lain untuk menanduk masuk gol pertama.

Kebangkitan ini harus di teruskan, walaupun kelihatan Liverpool sudah agak ketinggalan dalam carta Liga, semua harus terus berusaha dan tidak berputus asa untuk mengutip 3 mata dalam setiap perlawanan.




YNWA!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...