Memaparkan catatan dengan label sunderland. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sunderland. Papar semua catatan

Ahad, 14 Julai 2013

4 pemain baru hebat Liverpool

Sehingga kini, Liverpool di bawah pengurusan BR telah berjaya mendapatkan 4 pemain yang hebat dan telah menunjukkan prestasi memberansangkan setakat ini

Semasa perlawanan persahabatan menentang Preston North End tempoh hari, Simon Mignolet(GK) dan Kolo Toure telah di perkenalkan pada separuh masa pertama. Kedua dua pemain ini bergandingan menjaga bahagian peetahanan dan benteng terakhir pasukan di lihat serasi dan mantap, walaupun Toure di lihat agak perlahan, tetapi masih fokus dan tenang menjaga posisi penting pasukan daripada di bolosi.

Simon Mignolet pula, yang merupakan antara pemain utama pasukan Sunderland musim lepas, amat sukar dibolosi dengan kerap kali mematahkan cubaan pasukan lawan. Mignolet memang di ketahui ramai telah menunjukkan prestasi yang amat baik semasa beraksi bersama pasukan lamanya musim lepas

2 lagi pemain baru liverpool, Iago Aspas yang juga penyerang kelahiran Sepanyol dan juga Luis Alberto, pemain yang di beli dari Sevilla bermain pada separuh masa kedua perlawanan persahabatan tempoh hari.
Aspas berjaya menjaringkan gol pada debutnya bersama Liverpool manakala Luis Alberto telah berjaya membuat assist dalam perlawanan yang sama

Aspas, yang di pinjamkan ke Barcelona B musim lepas menjadi taruhan BR untuk musim ini, dengan pilihan penyerang daniel sturridge dan juga luis suarez. Luis alberto pula dilihat lebih berperanan sebagai pemain tengah menyerang dan sekaligus memberikan pilihan yang lebih banyak kepada BR untuk pemilihan pemain

BR masih mencari dan cuba mendapatkan pemain pemain baru, setelah beberapa pemain lama Liverpool telah berpidah, seperti jonjo shelvey yang telah berpindah ke sunderlan, suso yang di pinjamkan ke almeria dan andy carroll yang telah membuat perpindahan tetap ke west ham. Beberapa pemain lain yang di sebut dalam radar perpindahan seperti LS7 dan stewart downing memaksa BR untuk terus berusaha melengkapkan senarai pemain lengkap selewat lewatnya sebelum perlawanan minggu pertama EPL bagi memastikan pasukan dapat fokus dan bersedia lebih awal.

Di harap pasukan Liverpool akan terus mantap dan dapat menunjukkan konsistensi untuk musim ini dalam usaha mengejar cita cita mendapatkan 4 tempat teratas musim ini

YNWA!!!





Rabu, 6 Jun 2012

Meyler: Henderson adalah kapten masa hadapan England

Pemain tengah Sunderland, David Meyler menyatakan bahawa Jordan Henderson akan menjadi kapten England pada masa depan.

Dan beliau yakin pemain muda Liverpool itu boleh melakukan perkara yang sama untuk Liverpool walaupun mempunyai permulaan yang sukar untuk kariernya di Anfield. Henderson menjadi sasaran kekecewaan peminat berikutan langkah perpindahan dengan nilai yang besar dari Sunderland dan selepas hampir terlepas menyertai skuad Roy Hodgson untuk Euro 2012, beliau juga menghadapi sokongan negatif daripada penyokong England semasa kemenangan 1-0 ke atas Belgium di Wembley.

Tetapi Meyler pasti bahawa bekas rakan sepasukannya itu mempunyai keupayaan untuk membuktikan yang mereka salah dan menganggap dia akan pergi melakukan sesuatu yang besar dan hebat untuk kelab dan negara.

"Dia cukup baik, tidak ada pertikaian tentang itu," katanya kepada talkSPORT. "Saya bermain dengan beliau di Sunderland dan saya terkejut bahawa ada penyokong England yang mengutuk dia.

"Ia tidak akan berlaku di Ireland. Mungkin orang Ireland dan orang Inggeris sedikit berbeza tetapi itu tidak dilihat kerana sama ada anda menyukainya atau tidak, dia akan menjadi pemain tengah tetap untuk England dalam masa tiga atau empat tahun dan berkemungkinan dia akan mendapatkan lilitan kepada England.

"Dia mempunyai satu permulaan yang sukar kerana semua orang menjangka sesuatu yang bertaraf dunia darinya tetapi dia berpindah ke Liverpool sendirian dan mengambil masa satu atau dua bulan untuk menyesuaikan diri.

"Keluarganya tahu dan kawan-kawannya tahu bahawa dia boleh bermain untuk Liverpool tanpa ragu. Ia seperti apabila Lucas bermain untuk Liverpool tiga musim lalu, orang mencemuh beliau dan memberinya masa yang sukar tetapi satu tahun setengah kemudian, beliau menjadi kegemaran peminat.

"Jordan memerlukan lebih banyak masa dan apabila dia membuktikan dirinya kepada peminat Liverpool, bahkan peminat akan terus melupakan musim pertamanya."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...