Rabu, 2 Mei 2012

Reds merana dengan kekalahan menentang Fulham

Pelawat meraih gol tunggal permainan hanya selepas lima minit pertama permainan apabila Martin Skrtel secara tidak sengaja menampan bola hantaran silang John Arne Riise ke dalam gol sendiri dari jarak dekat.


Usaha terbaik Liverpool pada separuh masa pertama menyaksikan Brede Hangeland menepis bola Jonjo Shelvey keluar berikutan perebutandi hadapan pintu gol.

The Reds terus berusaha untuk mencari gol penyamaan di separuh masa yang kedua,tetapi Fulham dapat bertahan dan menjamin kemenangan buat kali pertama di Anfield.


Dengan perlawanan akhir Piala FA dengan Chelsea hanya beberapa hari lagi, Kenny Dalglish memilih untuk membuat sembilan perubahan kepada pasukan utama itu semasa menentang Norwich City pada hari Sabtu.

Jordan Henderson dan Shelvey hanya dua pemain untuk mengekalkan tempat mereka, dengan kemasukan pemain seperti Alexander Doni, Sebastian Coates, Jay Spearing, Martin Kelly dan Fabio Aurelio. Terdapat juga pemain utama seperti Andy Carroll, Dirk Kuyt, Maxi Rodriguez dan Skrtel, yang memikul tanggungjawab sebagai kapten pada malam itu.


Walau bagaimanapun, dengan lima minit permainan bermula, Fulham di hadapan. Dua bekas pemain Liverpool bergabung, dengan John Arne Riise membuat hantaran untuk Alex Kacaniklic sebelum bola melantun dan terkena dada Skrtel dan yang melantun masuk ke dalam gol, mengatasi Doni .

Pemain antarabangsa Slovakia yang mempunyai 1 peluang segera untuk menebus kesalahan itu, tetapi tandukan beliau dari sepakan percuma Aurelio, melepasi palang gol - dan Liverpool bernasib baik apabila Doni dapat menghalang percubaan Fulham dari terus menjarakkan kedudukan apabila pada minit ke-15, apabila pemain Brazil tersebut berjaya menahan bola untuk menggagalkan Pavel Pogrebnyak daripada menjaringkan gol.

Seterusnya, bola volley Kuyt dari sudut kawasan penalti telah membuat Mark Schwarzer cemas seketika, walaupun bola tersasar ke atas kanan gawang.

Fulham di uji lagi pada minit ke-28 apabila hantaran ke dalam dari Kelly untuk Carroll menyebabkan pertahanan lawan panikDengan Schwarzer mengepak, bola Maxi yang dihantar untuk Shelvey, tetapi Brede Hangeland telah bersedia untuk menangkis bola rendah terus keluar kawasan bahaya.

Kemudian, di penghujung separuh masa pertama, kerja keras dari Carroll menghantar bola kepada Shelvey  ke dalam kawasan kiri kotak penalti Fulham sebelum pemain tengah itu melakukan usaha kaki kiri, jauh ke belakang pintu gol.


Liverpool lebih membuka permainan selepas separuh masa pertama berlalu, dan Schwarzer dipaksa bekerja keras untuk menangkis bola tandukan Carroll untuk mengekalkan kelebihan Fulham.

Stewart Downing dimasukkan ke dalam permainan pada separuh masa kedua, menggantikan tempat Henderson dan beliau menyertai Spearing dan Shelvey dalam mencuba nasib mereka mencari gol penyamaan pada awal permainan separuh masa kedua.

Kemudian, pada minit ke 58t, Maxi membuat cabaran mengatasi Aaron Hughes ke dalam kawasan lawantetapi ketika Maxi baru melepaskan percubaan, Hangeland sempat untuk mendapatkan bola dan menafikan percubaan Maxi yang berpeluang menjaringkan gol.

Di hujung padang yang lain, Fulham membuat serangan balas melibatkan pemain gantian, Kerim Frei membuat percubaan dari luar kotak dengan rembatan satu deras sebelum Doni menafikan Riise untuk mendapatkan gol apabila kembali ke Anfield buat kali pertama, dengan rembatan jarak dekat.


Liverpool kembali menguasai permainan dan melancarkan serangan dengan Carroll berjaya menanduk bola hantaran dari Aurelio dari kiri padang. Pemain Brazil terebut telah digantikan oleh Jose Enrique, sebelum Raheem Sterling mengambil tempat Kuyt.

Dengan permainan berbaki 12 minit, Clint Dempsey mempunyai peluang untuk memastikan kemenangan untuk Fulhamtetapi rembatan dari di dalam kotak penalti berjaya ditepis Doni.

Tuan rumah memberi tekanan untuk mencari gol penyamaan lewat permainan, tetapi ia tidak menjadi dengan Fulham berjaya mengekalkan kemenangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...