Isnin, 30 April 2012

Jaringan Kompany bawa City ke puncak liga



Manchester City 1-0 Manchester United

Vincent Kompany menjaringkan gol tunggal Manchester City menewaskan pencabar terdekat, Manchester United di dalam Liga Perdana Inggeris.

Kompany mengatasi pertahanan Manchester United, untuk menanduk masuk bola hantaran David Silva pada separuh masa pertama, waktu kecederaan masa.

Penyerang City, Sergio Aguero dua kali hampir membuka jaringan, membuat bola volley dan kemudian membuat sepakan tersasar.


Yaya Toure membuat percebaan dengan dua sepakan kencang pada separuh masa kedua, Aguero membuat sepakan ke bahagian tepi jaring dari sudut yang sukar dan Gael Clichy mempunyai satu usaha yang diselamatkan oleh kaki David de Gea sebagai usaha untuk mencari gol kedua.

Juara bertahan, United bertungkus lumus untuk mencari peluang penyamaan ketika mereka kini di belakang City berdasarkan perbezaan gol dengan baki dua perlawanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...