Sabtu, 28 April 2012

Super Suarez tenggelamkan Canaries

Luis Suarez menjaringkan gol hatrik pertama untuk Liverpool. Reds pulang dengan kemenangan 3-0 terhadap Norwich di Carrow Road.


Pemain antarabangsa Uruguay Liverpool tidak dapat dikawal dan telah menjaringkan 3 gol, dengan gol sensasi dari jarak 40 meters, akan kekal lama dalam ingatan.
Beraksi di bahagian pertahanan Norwich, beliau mengkucar-kacirkan pertahanan lawan, dan daripada posisinya dan dua jaringan dalam masa empat minit di pertengahan separuh masa pertama.
Steven Gerrard kembali bermain di bahagian belakang beliau, mencipta banyak peluang manakala Jordan Henderson dan Jonjo Shelvey mengawal di bahagian bawah.
Walau bagaimanapun, selepas hujan turun di Carrow Road dan permainan dimulakan dengan aksi yang lebih meriah, Norwich kelihatan mempunyai peluang yang lebih.
Pasukan tuan rumah mengawal bola dengan lebih baik di permukaan licin. Mereka memberi tekanan dan mengganggu tumpuan Reds dan masa sembilan minit, tampak seperti akan membuka jaringan tetapi amaran dari Jamie Carragher mempertahankan benteng dengan lebih kebal. Anthony Pilkington berlari dari bahagian kiri padang dan melihat untuk membuat sepakan ke dalam kawasan bahaya tetapi Carragher berjaya untuk mengawal kawasan bahaya.
Daniel Agger membuat hantaran jauh kepada Craig Bellamy, dan meloringkannya kepada Jose Enrique, sebelum Stewart Downing menyambung bola tersebut.
Kapten, Steven Gerrard melihat David Fox sebelum berjaya memperdaya beliau, dan membuat hantaran 30 meters daripada gol dan memberi bola di dalam kawaan bahaya untuk pemain antarabangsa Uruguay. Dengan satu sentuhan, Suarez mengawal dari kiri, dengan kaki kirinya, dia merembat bola melepasi John Ruddy.
Seminit kemudian dia membuat debaran sekali lagi apabila dia meperdaya Elliott Ward dan membuat hantaran lintang untuk Gerrard, yang membuat satu cubaan tepat, tetapi Elliott Bennett berada disana untuk membuat blok yang penting.
Suarez telah menjaringkan gol ke-16 musim ini dengan penamat yang kemas, terkawal dari sudut yang sukar pada minit ke-28.
Satu lagi kelalaian membawanya mengatasi Wad lalu dan dia berlari ke arah gawang dan dari kanan, dengan kekuatannya, dia membuat sepakan bola melepasi Ruddy ke penjuru bawah gawang.
Norwich menambah serangan selepas rehat, memaksa satu siri sepakan sudut. Gerrard dua kali mengetuai barisan pertahanan, sebelum Agger menafikan peluang pemain gantian, James Vaughan untuk mengurangkan defisit gol.
Bennett menguji Reina dengan cubaan dari jarak 25 ela sebelum sebelum cubaan Bradley Johnson melepasi atas palang.
Di hadapan gawang lawan, Shelvey menanduk bola terkena palang gol selepas, selapas berjaya bergerak bebas di kawasan lawan. Permainan yang lebih terbuka selepas itu. Downing menghantar bola kepada Gerrard, dia membuat sepakan gunting, pas  ke penjuru padang untuk Suarez yang berjaya mengatasi perangkap off side. Pemain Uruguay tersebut mendapat bola hantaran Downing, tetapi membazir peluang apabila bola melepasi atas palang.
Kemudian Gerrard memberi umpanan kepada Enrique yang turun di kiri padang kiri. Pemain Sepanyol itu membuat hantara ke dalam kawasan lawan, tetapi ia terlalu laju untuk Shelvey.
Selepas 1 jam perlawanan, Downing membuat cubaan menarik, memaksa Ruddy bekerja keras selepas pemain sayap itu melepasi pertahanan Norwich dan membuat pertahanan Norwich bekerja keras.
Empat minit kemudian, Suarez meraih hattrik pertama kali untuk Liverpool apabila dia merampas bola dan membuat cubaan dari jarak jauh mengatasi Ruddy.
Kemudian hatrik datang. Melihat ke hadapan, Suarez melihat Ruddy berada di luar kawasan gol dan membuat bola lop beliau untuk memberi kedudukan 3-0.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...